Tuesday, December 28, 2010

Malaysia Boleh!

29 Disember 2010 merupakan tarikh dimana peminat bola sepak tanah air yang mengharapkan satu kemenangan yang bersejarah dalam Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010.

Ramai yang mengatakan pasukan yang dibimbing Rajagopal ini mampu mencipta sejarah sekaligus menjulang Malaysia ke persada dunia.

Hasil analisis yang dilakukan lebih kurang 30 minit yang lalu, Malaysia dikaji terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang begitu onak duri. Antaranya:-

Para Penyokong Indonesia

Cabaran getir seterusnya ada yang mengatakan dari golongan yang begini:-

Dukun dari Indonesia

Dan yang pasti cabaran pemain Malaysia paling utama ialah:-

Julia Perez (Model Indonesia)

Dikatakan model ini akan turun padang bagi menyokong padu pasukan Garuda ini tanpa memakai seurat benang. Jika ini terjadi secara tidak langsung rancangan siaran langsung yang untuk tontonan umum akan berubah menjadi rancangan 18sx.

Sekian, laporan kaji selidik untuk suka-suka.

Thursday, December 9, 2010

Skil Hebat Hujung Bulan

Ketika sibuk melihat kalendar kuda yang pada ketika itu Mac melewati bulan, April sibuk-sibuk hendak merangkak tiba, barulah umat manusia sibuk dengan gaya hidup berjimat cermat.

"Zul, kedai makcik ****** tu murahlah makanan dia", sapa kawan aku. Tanya aku pula, "Ko ambik lauk ape?". "Banyak la juga. Nasi ngan lauk ikan, daging, ayam dan sayur. RM3.00 tunai", balasnya.

Teruja aku dengan kemurahan yang telah diberikan oleh pemilik kedai makan tersebut. Aku cuba-cuba mendekatkan mata yang dikurniakan Tuhan ini ke arah bungkusan makanan sahabat aku tadi.

Setelah buka bungkusan makanan tersebut, "Mana lauk-lauk ko semua?", tanya aku. "Ko kais-kaislah cikit nasi tu, lauk-lauk aku letak bawah, baru aku timbus dengan nasi", jawabnya selamba.

"Patutlah murah! Ko ngan ayam sama je, kais-kais makanan. Cuma ko tinggi sikit je taraf ko ngan ayam sebab dikurniakan akal fikiran".

Thursday, November 18, 2010

Timbang Lembu

"Abang, nanti tanya orang masjid, berapa berat lembu kita tu..."pinta bondaku. "Ok", jawab ku ringkas.

Beberapa saat kemudian, timbul soalan berlegar-legar dalam kepala. 'Macam mana nak kira berat lembu? Ada penimbang ke nak timbang lembu tu?...

Semakin gusar dalam hati, takut-takut permintaan bonda tidak dapat ditunaikan.

Ketika di masjid, "Pakcik, berapa yek berat lembu saya ni?"..tanya aku. Jawabnya, "Ok", nanti pakcik beritahu"...Lega hati setelah mendengar jawapan tersebut.

Tiba-tiba hati berdegup kencang setelah melihat lembu tersebut bersiap untuk disembelih. Bila masa pula pakcik tadi timbang lembu aku? Ini dah nak sembelih, tak terjawab permintaan bondaku nanti.

"Pakcik!Pakcik! Dah timbang belum lembu ni? Ni dah nak sembelih dah ni...", tanya aku. "Kamu ni, jantung lembu tu nanti kita timbang. So, kita boleh agak berapa berat lembu ni. Dah-dah, jangan banyak tanya. Ni ambik tali ini,tarik kuat-kuat lembu ni", jawabnya padat.

Banyak lagi benda tersurat dan tersirat kat dunia ni.

Formula Berat Lembu
1.6 kg berat jantung lembu = 160 kg berat lembu


Wednesday, November 10, 2010

Awek Plaza Tol

Sisiran rambut cemerlang, tali leher diikat kemas dan baju tanpa sebarang kedutan. Sambil melihat cermin dan terus berniat, azam hari ini dapatkan sekurang-kurangnya seorang awek bagi mengisi ruang hati yang kekosongan selain mencari rezeki yang halal.

Setibanya di plaza tol, nama yang tertera di kaunter tol memang seorang awek. Tanpa berlengah, tangan menghulur duit dan senyuman tertera dari wajah aku ke atas awek tol tersebut.

"Hai", sapa aku.

Clutch kereta ditekan, gear dimasukkan. Tanda ingin meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba, suara awek tol teriak, "Cik-cik, ini resit tol semalam. Bukan duit."

Perlahan-lahan tangan menyeluk poket, dan terus menghulurkan duit tol kepada casher (tadi awek, sekarang dah kene panggil casher) . Senyuman yang tertera tadi sedikit demi sedikit telah kusam.


Tragedi menyebabkan kesan yang mendalam ke atas jiwa ini. Antaranya aku terpaksa bawa motosikal pergi ke tempat kerja selama sebulan.

Azam pada hari tersebut pun sudah bertukar secara tiba-tiba.

Wednesday, October 6, 2010

Pandangan Hidup,Belaian Hidup

Halim : Zul, umur ko berapa?
Zul : 23 der.

Halim : Owh, muda lagi. Umur macam ko ni dalam kategori pandangan hidup.
Zul : *garu kepala

Halim : Pandangan hidup ni, bila ko pandang baru hidup. Umur macam ko belum lagi masuk belaian hidup, dah belai-belai baru nak hidup.
Zul : *tersengih-sengih sambil garu hidung yang mancung.

P/s : Ilmu dunia

Monday, September 27, 2010

Tahniah!!


Tahniah kepada pemilik Manchester City di atas sumbangan anda sehingga menjadikan saingan English Premiere League semakin menarik walaupun pasukan-pasukan yang dikatakan hebat oleh peminat-peminat fanatik gagal melakarkan sebarang kemenangan. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pemilik City!!!....(sila rujuk gambar di bawah)


(gambar di atas hanyalah lakaran semata-mata)

P/s : Ni ke pemilik Manchester City?...hahaha

Monday, September 20, 2010

Abang Senior Hebat !!

Aku redha dengan apa yang akan berlaku sekejap lagi, baru sebentar abang senior menjerit dan menyuruh aku naik ke bilik beliau.

Sepanjang meniti tangga untuk sampai ke bilik abang senior, bermacam-macam perkara yang berlegar-legar di kepala. Kene tumbuk, kene terajang, dah tak dapat jumpe mak lagi lepas ni, sume perkara ini bermain-main di kepala.

Sampai sahaja ke bilik bernombor (tidak boleh dinyatakan atas sebab keselamatan) , senior pertama tegur aku, "Ko yang pakai kasut color oren tadi kan?".."Iye bang", jawab aku dengan skema. Senior pertama gelak saja dengan jawapan aku tadi. Senior pertama meminta aku tulis nama penuh dan IC serta nombor kelas di atas secarik kertas.

Sambil menulis, aku memerhatikan keadaan sekeliling, takut-takut kalau ada senior lain yang main pukul curi terhadap aku. Sambil perhati keadaan sekeliling, mata aku terpaku terhadap senior yang berbetis besar. Beliau tidak mempedulikan kehadiran aku. Dia sedang berbaring sambil menonton cerita Naruto. Comel juga gaya menonton beliau.

Selesai menulis nama, terdengar suara dari belakang, "wei, ko asal mana"(dalam loghat jawa)..."Kluang, Johor", jawab aku bangga. Tergelak besar beliau mendengar jawapan aku. "Aku Batu Pahat",.. sambung beliau lagi. Aku cuba senyum ikhlas melihat reaksi beliau.

Setelah selesai tulis nama, aku bergegas pulang ke bilik. Keluar sahaja bilik abang senior, entah mana pula datang lagi seorang abang senior berwajah hitam manis hampir bertembung aku. Ketat sahaja muka beliau. Aku senyum sambil cuba mendapatkan respons yang positif dari beliau. Ternyata tepat jangkaan aku, senyuman kucing dibalasnya.

Lega aku ketika pulang semula ke bilik aku tanpa tragis lebam-lebam ada di badan aku.

P/s: Senior ni semua 1 gang ngan futsal aku. Nama team kami cukup famous. Team Sayur!!!

Tuesday, September 14, 2010

Soalan Hari Raya


Bila tiba hari raya, semua sepupu sepapat balik berkumpul untuk meraikan hari raya bersama. Benda yang paling aku tunggu bila dah kumpul ramai-ramai ni, soalan-soalan cepumas yang bakal diasak oleh sepupu-sepupu aku. Soalan kebiasaan adalah seperti berikut:-

1. Bila sampai?
Dalam hati aku : Hendak je aku jawab, cuba tanya mak aku pulak.

2. Puasa cukup tak? (sambil melawak)
Dalam hati aku : Aku ambik serius soalan-soalan macam ni.

3. Kerja mana sekarang? (pakcik makcik tanya)
Dalam hati aku : Melepaslah aku dapat duit raya dari mereka semua.

4. Abang dah kerja? (soalan anak sepupu)
Dalam hati aku : Mendalam sungguh maksud soalan ini.

P/s: Perlahan-lahan aku hulur duit raya lepas dengar soalan keempat

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Kuih Raya Hanjing

Seperti biasa bulan Ramadhan adalah waktu yang ditunggu. Pekerjaan tetap aku pada bulan tersebut ialah Runner bagi mengedarkan kuih raya kepada pembeli-pembeli. Tugas yang amat mencabar lagi teruji untuk anak tekak dan perut aku ini aku pikul dengan sehabis jujur. 'Tiada curi-curi makan dan hantar awal,balik awal' merupakan kata-kata semangat untuk aku ketika bertugas.

Sedang mencari-cari rumah pembeli kuih, aku memperlahankn motosikal jenis EX5 bagi memudahkan mata aku melihat nombor rumah. Setelah 10 minit mencari rumah pembeli kuih, mata terpana sebentar dengan kesungguhan anjing mengejar sesuatu. Semakin lama, semakin dekat dengan aku.

Rupa-rupanya, aku yang dikejar anjing tersebut. Menggelupar aku mengelak dari salakan anjing tersebut. Tapi malang nasib tak berapa nak baik, aku jatuh ke tanah jua akhirnya bersama dengan kuih-kuih yang aku bawak. Bergolek-golek kuih menyembah bumi. Hiba rasa, sayu, rugi, geram pada ketika itu. Dan yang paling penting perasaan aku ketika itu MALU GILER. Ramai juga yang tengok kejadian tersebut.


P/s: Hanjing tersebut dengan selamba berlari masuk ke rumah tuannya setelah aku jatuh.

Monday, September 6, 2010

Fenomena Raya


Setelah aku dikurniakan kehidupan sehingga berumur 23 tahun, aku sedari beberapa tabiat yang akan berlaku apabila hari raya hampir tiba.

Umat Islam akan berlumba-lumba mencari keperluan raya. Manakala peniaga-peniaga pula akan menggunakan pelbagai strategik untuk perniagaan mereka bagi meracuni fikiran dan nafsu pelanggan.

Fenomena-fenomena yang sering berlaku apabila tiba pada hari raya:-

1. Keperluan rumah: Langsir baru, cat baru, dekorasi baru, alat elektrik baru dll.
2. Keperluan pakaian: Baju baru, songkok baru, kasut baru dan dll.
3. Keperluan diri: Rambut baru, pergi facial, buat kuku, buat gigi palsu dll.

dan yang terakhir ini aku rasa musykil sikit, sebab fenomena ini cuba melibatkan diri dalam persiapan hari raya iaitu:

4. Keperluan kenderaan: tukar warna cat, tukat spot rim, tukar tinted, tukar ekzos dll.

P/s: Kepada pemilik kereta yang mengecat kereta, tetapi kereta tidak sempat siap sebelum raya, sila naik bas pulang ke kampung. Tiket masih banyak.

Friday, September 3, 2010

Semangat Merdeka Yang Membara


Aku dapat surat. Surat bertajuk 'PERBARISAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53 PERINGKAT DAERAH JOHOR'. Persepsi pertama, semestinya memikirkan tilam dan bantal sewaktu tarikh perbarisan berlangsung.

Tanpa banyak songel dan demi negara aku terus menyahut seruan kerajaan ini. Aku teruskan bacaan aku terhadap surat tersebut. Terbeliak biji mata aku melihat masa yang ditetapkan, tepat pukul 7,oo pagi. Yeah!!

Ketika sedang mencari parking sewaktu acara perbarisan berlangsung, kereta depan yang dipandu oleh seorang wanita mengundurkan kereta beliau ke belakang. Semakin lama, semakin dekat kereta beliau dengan kereta aku. Tangkas dan cekap tangan aku menekan hon, tetapi lagi tangkas wanita itu mengundurkan kereta. BAMMMM!!!

Hendak dimarah sudah pun terjadi. Demi negara dan semangat kemerdekaan, aku berbaris jua bagi meneruskan usaha aku untuk melaungkan perkataan 'MERDEKA!!' di tempat perbarisan.

P/s: Sebab utama tak marah, pemandunya kaum Hawa.Hahahaha

Wednesday, September 1, 2010

Masih Belum Terlambat

Peace!! No War!! Dun Kelahi-Kelahi. Bersama kita laungkan....


P/s: Sori lambat ucap selamat. Penulis cari songkok dan kacamata lama sangat.

Saturday, August 28, 2010

Apa Ada di Bazar


Hari-hari di bulan Ramadhan diteruskan lagi bagaikan hari-hari mendatang yang biasa. Selepas kerja, tekan pedal minyak terus ke bazar Ramadhan bagi mencari sedikit juadah berbuka.

Setelah tiba, pandangan pertama terus tertumpu kepada cempedak goreng. "Kalau jadi pencuci mulut sedap ni"...bisik hati penuh nafsu. Perjalanan diteruskan lagi dengan mata terpaku dengan keramaian orang dek dipayungi dengan asap arang. Ayam Percik!!! Terngiur sejenak nafsu makan ketika itu. Kalau jalan lagi depan mesti ada juadah yang lagi hebat bagi melayan nafsu makan aku nanti.

Setelah hampir dua puluh minit berjalan tanpa sebarang perlakuan jual beli antara aku dan peniaga, kini aku tiba semula di titik tempat permulaan perjalanan aku di bazar tersebut. Dengan bersahaja, aku terus pulang ke rumah.

Capai periuk dan beras terus tanak nasi. Dua biji telur dipecah, di kacau pula dengan sambal dan dilengkapkan pula dengan campuran nasi yang sudah masak. (sambil nyanyi, "ikan di laut, asam didarat, dalam kuali bikin muafakat"..)

Waktu berbuka tiba, nasi goreng terus menerus di kunyah dengan rakus. Sedap juga nasi goreng aku ini. Boleh bukak kedai kat bazar Ramadhan ni.

P/s: Seronok juga aktiviti yang aku buat kat Bazar Ramadhan.

Tuesday, August 24, 2010

Tunggu Penghujungnya


Setelah dua minggu berlangsungnya EPL, para penyokong setiap pasukan sudah ada aktiviti pada setiap malam hujung minggu. Mungkin gejala rempit akan berkurangan sepanjang EPL berlangsung dan secara tidak langsung kedai-kedai makan akan mengalami indeks keuntungan yang melampau dari BSKL.

Setelah dua perlawanan, ada tanda-tanda keyakinan sudah terpancar pada pasukan yang memperoleh kemenangan dan sebaliknya pada yang kalah. Bermacam-macam alasan yang telah diberikan oleh pengurus, pemain dan penyokong setiap pasukan yang kalah.

Baru-baru ini Pengurus The Reds , si Roy Hodgson awal-awal telah mengeluarkan kenyataan yang beliau memerlukan masa untuk membentuk pasukan Liverpool. Itu alasan untuk pasukan mereka.

Bagi The Red Devils pula, seperti biasa Pak Alex akan terus mendominasi pengadil-pengadil yang mengadili pasukan mereka. Jika pasukan si Pak Alex ni menerima kekalahan, seperti biasa beliau dengan muka merah padamnya akan terus tidak bersetuju dengan cara pengadilan yang dijalankan oleh pengadil yang gagal didominasi oleh Pak Alex.

Kite beralih arah pula dengan pasukan The Gunners. Seperti biasa, pakcik Arsene akan terus mengerah pemain-pemain muda. Kalau menang, kredit yang tinggi diberikan kepada pemain mudanya. Apabila kalah, dengan mudah sahaja tutur bicara dengan alasan pemain masih muda dan kurang pengalaman. Entah bile pamain-pemain pakcik Arsene nak banyak pengalaman.

Pasukan The Blues yang dijangka akan menjuarai liga pada tahun ini, menerusi cakap-cakap belakang telah memulakan saingan dengan langkah kanan. Tetapi setiap penghujung musim pemain-pemain pasukan ini sering kali dikaitkan dengan skandal-skandal seks dan kawan makan kawan. Sekali gus persembahan yang bermula langkah kanan akan menjadi lebih menarik pada penghujung saingan.

Aku sebagai penyokong setia Harimau Muda akan terus menyokong dengan setia dan berharap pasukan Harimau Muda tidak kena bohong dari mana-mana pihak.

P/s: Bila la Johor boleh juarai Liga Super....

Sunday, August 15, 2010

Pintu Rezeki

Bagi golongan Islam, bulan Ramadhan merupakan bulan mencari rezeki tambahan. Cara yang paling mudah untuk mencari rezeki tambahan ialah dengan berniaga. Tidak kiralah berniaga makanan, minuman, kuih raya, kelengkapan raya sehinggalah kepada menjual mercun.

K, habis part berniaga.

Bulan Ramadhan pada kali ini, satu kejadian yang jarang berlaku di masjid-masjid negara ini mahupun surau-surau. Salah satu masjid (tidak perlu didetailkan masjid mana) telah kehilangan kipas hasil dari kerja pencuri-pencuri yang kononnya menyahut slogan ' Bulan Ramadhan itu bulan rezeki '. Si pencuri-pencuri telah menyapu bersih semua kipas-kipas jenis (stand fan) di masjid tersebut.

Kesudahannya, masjid yang menjadi mangsa kekejaman ala-ala zionis itu membeli kipas baru jenis (wall fan) dan seterusnya membuat majlis sembahyang hajat memohon pertolongan dari yang Maha Esa.

P/s: Wahai Si Pencuri! Jual mercun pun bole buat duit la beb..

Thursday, August 12, 2010

Pot Pet Pot Pet


Untuk berkumpul dan berjumpa sanak saudara, bukan suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau mempunyai keluarga yang besar. Itulah yang sering aku rasakan di keluarga sebelah ibuku. Atuk aku mempunyai 10 orang anak dan mempunyai 40 lebih cucunya. Punya la riuh kalau sekali berkumpul. Selain Hari Raya, kami juga akan berkumpul ketika 1 Ramadhan setiap tahun.

Atuk aku sering berpesan pada cucu-cucunya, "Kalau bulan Ramadhan segala perbuatan kena jaga, barulah bertambah berkat puasa kite nanti...".


Waktu yang paling aku suka bila dah kumpul ramai-ramai ni bila waktu hendak berbuka. Sepupu-sepupu yang sebaya, masing-masing bising hendak memilih makanan yang mana hendak didahulukan ke dalam mulut.

Apabila azan mula berkumandang, senyap sepi sahaja. Tiada kebisingan kedengaran lagi. Satu suara mencelah, "Korang ni, macam ayam nak dapat makanan. Bila dah dapat makan, senyap semua..." terkebil-kebil cucu-cucunya yang endah tak endah akan luahan rasa atuknya itu. Masing-masing sibuk dengan makanan di tangan dan mulut.


P/s: Aku rindu suasana ini..hehe



Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Setelah dikurnia nikmat yang begitu besar iaitu masih bernafas sehingga sekarang dari Yang Maha Esa, kita ditambah pula dengan dikurniakan pula dengan bulan Ramadhan yang penuh diberkati. Di mana semua manusia yang menyedari hakikat kebesaran bulan Ramadhan berlumba-lumba melakukan amal jariah dan yang tidak menyedari pula berlumba-lumba sorok belakang kedai makan cina untuk menikmati juadah yang lazat.

Azam bulan Ramadhan pada kali ini, sentiasa cergas walaupun berpuasa dengan ucapan:-


dan jangan lupa baca ini:-




P/s: Tak sabar nak tunggu raya pulak..kakaka


Wednesday, August 4, 2010

Ternyata Aku Kalah!!

"Esok hari aku nak puasa sunat"....tiba-tiba sahaja terdetik dalam hati. Bila sudah terdetik kenalah sempurnakan. Baru hidup lebih bererti dan bermakna.


Dugaan Pertama


Sampai saja di pejabat, "Dik, jemput makan...", sapa akak senior mempelawa aku makan sambil menyuapkan nasi dagang ke dalam mulut beliau.

Dugaan Kedua

Selepas aku berjaya menepis dugaan pertama, "Zul, jom minum kat Lubok..."pelawa pulak kawan sekerja aku yang lain. Aku menjawab dengan sopan dan bersahaja, "Takpe der, g ar dulu.Nanti aku sampai..". Setelah 30 minit, aku masih tidak terpedaya dengan dugaan kedua ini. Aku masih selamat.

Dugaan Terakhir

"Dik, meh makan ngan akak. Ada kambing kuzi, ayam panggang, ngan nasi minyak ni. Ada lebih masa meeting tadi...", pelawa CC ofis aku. Tanpa berlengah aku capai pinggan dan menyiat kambing dan seterusnya memasukkan dalam mulut. Setelah 3 kali kunyah, aku sedar aku TEWAS.

P/s:Nasib baik penduga-penduga tidak tahu, aku berniat puasa sunat ketika itu.

Monday, July 26, 2010

Pagi Yang Syahdu

"Zul, ada chance kite balik 2 atau 3 pagi ni", celah pegawai aku tatkala mencelah bunyi keyboard yang ditekan jari-jemari aku. Senyum saja yang mampu aku balas dikala sibuk menyiapkan persembahan multimedia Majlis Anugerah Sukan UPM 2010.

3.30 pagi selesai semua kerja hakiki aku hasil dari perahan otak selama sebulan. Setelah kunci pintu ofis, bos aku pesan, "Bawak motor elok-elok. Dah penat ni, jangan tak masuk ofis pulak kul 7 nanti". Belum sempat aku nak balas pesanan itu, kedengaran enjin kereta bos aku tidak boleh hidup ibarat hidup segan, mati tak mahu. Setelah 10 minit mencuba, akhirnya bos aku putus asa. Terpaksa lah aku hantar bos aku ni pulang ke rumah. Namun ada satu masalah lain pula yang timbul iaitu helmet.

Cari punya cari, memang rezeki bos aku. Manusia mana yang tinggalkan helmet kat tandas. Dengan pantas dan gelojoh bos aku terus memakai helmet tersebut dan meminta aku menghantar beliau pulang.

Ketika menuju ke pintu pagar, rantai sebesar lengan telah menangkap pandangan aku yang letih ketika itu. Bukan setakat bos aku hampa dengan situasi tersebut, malah dengan aku sekali terjerat sama. Suka tak suka terpaksala aku tidur di ofis.

Dengan beralaskan lengan, aku lena dibuai mimpi. Sempat juga bos aku ucap selamat malam dan ditambah pesanan jangan mimpi basah kepada aku sebelum aku melelapkan mata.

P/s: Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku SESAMA kami semasa tidur di ofis

Saturday, July 24, 2010

Kejujuran Seorang Ibu

Setelah berada di Pahang selama seminggu, aku mengisi ruang cuti minggu ini dengan pulang ke kampung halaman. Hampir sebulan aku bergelumang dengan peluh sihat, kini aku rindukan pula kampung halaman.

Janji dengan diri sendiri hari Jumaat aku nak buat keje macam peleset, sebelum pukul 5 aku nak habiskan semua kerja-kerja. Hampir pukul 5, ternyata janji aku hanya meleset belaka. Senior aku meminta tolong menyelesaikan kerja-kerja beliau bagi persediaan untuk mengadakan bengkel esok hari. Hampir kesemua jari tangan aku dipaksa bekerja keras kerana semangat pulang ke kampung ketika itu meluap-luap bagai asap yang ingin melepaskan diri dari makanan yang hangat dimasak.

Tepat 6.30 petang selesai semua kerja-kerja aku. Beg, kunci kereta, telefon bimbit aku capai dengan segera dan seterusnya memecut terus ke kampung halaman. Setelah 1jam 10minit memandu, akhirnya sampai jua aku ke kampung halaman.

Kepulangan aku disambut baik oleh bonda kesayangan. Ucapan pertama yang keluar dari bonda tercinta, "Laa...Ingatkan Negro mana tadi. Gelap semacam je". Segar biji mata aku setelah mendengar kata-kata yang ikhlas dan jujur dari seorang ibu.

P/s: Mak aku memang TRUE!!

Monday, July 19, 2010

Main Kotor Nampak

Hampir seminggu aku berada di Kuantan bagi menyertai Sukan SUK Se-Malaysia yang bermula dari 16 sehingga 20 Julai 2010. Bermacam-macam juga perubahan pembangunan di Kuantan yang aku dapat lihat dari tahun 2005 hingga kepada tahun 2010 ini. Namun perubahan itu tidak disukai oleh beberapa penduduk Kuantan. "Kuantan ini banyak juga benda mengarut dah ada. Disko pun dah banyak", kata Adam (pakwe Nuol) kata kepada aku.
Aksi terakhir aku dalam Sukan SUK ini ialah menentang Kedah. Keputusannya Johor (2) vs Kedah (2). Keputusan itu sekaligus menempatkan pasukan Johor berada di kedudukan naib johan kumpulan. Pada perlawanan terakhir itu, satu situasi luar biasa telah berlaku kepada penjaga gol pasukan aku dimana dia melepaskan gol mudah kepada pasukan Kedah. Aksi penjaga gol itu telah memusnahkan impian pasukan aku yang ingin bergelar juara pada kejohanan kali ini.

Setelah habis perlawanan, satu post mortem telah dibuat. Rata-rata post mortem itu banyak mengatakan tentang aksi penjaga gol pasukan aku. "Sori la kawan-kawan. Last game tu, tangan aku menggigil tiba-tiba. Bukan aku takut. Lepas tu tangan aku ada lebam ni haa", kata penjaga gol aku. Masing-masing tercengang dengan kata-kata penjaga gol itu. Lantas seorang ustaz bersuara dari belakang, "Ada orang 'hantar' tu". Terus berderau dan menyirap darah aku mendengar kata-kata tersebut. Lantas aku terbayang-bayang pembangunan di Kuantan dan aku berbisik-bisik di dalam hati "Masih adakah manusia yang suka akan perbuatan syirik ini meskipun kita berada dalam dunia yang serba moden dengan dinaungi pembangunan pencakar langit.
Namun aku tetap berfikiran positif dengan menyatakan bahawa memang itu sahaja rezeki dan ketetapan Tuhan berikan kepada pasukan aku. Aku hanya mampu berdoa agar manusia yang 'menghantar' itu diberi kemaafan dan diberi Hidayah dari yang Maha Esa.
P/s: Kuantan dah ada EC Mall beb. Orang Kuantan panggil ECM.

Sunday, June 27, 2010

Ramai Orang Gila Judi


Jika lesen judi mudah diperolehi, ramai usahawan-usahawan bukan Islam mungkin akan melonjak gembira. Yang meramaikan tempat-tempat judi itu mestilah dikalangan orang Islam yang hendak cepat kaya. Walhal nak buat duit bukanlah susah, macam-macam cara ada pada zaman sekarang termasuklah cara ' On Facebook boleh dapat duit ' ( bukan berniat nak promote). Tugas aku mungkin boleh menjadi vendor bagi suasana muzik harmoni di tempat-tempat judi. Antara muzik harmoni yang bakal aku propose di tempat perjudian:-




P/s: Dari aku propose muzik harmoni baik aku bakar je tempat judi tu.


Wednesday, June 23, 2010

Nukilan Senyuman Yang Dimamah Hari

SPM 2004….

Paper add math tepat jam pukul 2. Sedang sibuk kawan-kawan mengulangkaji sebelum paper bermula, aku pulak sibuk dengan menjaga abah yang tiba-tiba pengsan. Tiada apa yang aku dapat fikirkan ketika aku sedang menjawab paper itu.
Ketika malam melabuhkan tirai, mak pesan kepada aku. “Along, lepas ini kita semua kene berjaga-jaga dan redha apa saja yang berlaku kat abah. Doktor cakap abah mengidap kanser pangkal hidung peringkat ketiga”. Terketar-ketar bibir aku sambil menahan takungan air mata yang hampir jatuh setelah mak memberitahu berita itu.


PLKN 2004…

Aku telah terpilih untuk ke kem PLKN. Hati berat untuk menyertai program PLKN, tapi apakan daya program tersebut wajib untuk remaja lepasan SPM. Sepanjang aku di kem PLKN, aku terpaksa pulang ke rumah sebanyak 2 kali bagi menjenguk abah yang tenat. Senyuman saja yang diberikan oleh abah kepada aku meskipun beliau sedang tenat. Ketika itu, hati aku terasa bagai remuk dek dicengkam perasaan yang kesian dan sedih melihat keadaan abah aku yang terlantar tenat.


April 2005…

Sepanjang aku menjaga abah, ada satu perkara pelik yang dilakukan oleh abah aku. Abah membeli tuala mandi yang banyak sedangkan tuala yang sedia ada sudah mencukupi. Ape jua permintaan abah pada ketika itu, aku cuba tunaikan meskipun tidak sempurna apa yang abah harapkan. Mak cakap kita kena sabar kalau jaga orang sakit ni, silap-silap dosa kita pula yang bertambah ketika jaga orang sakit ni.


17.5.2005

Selepas Asar, ketika waktu inilah permergian arwah abah. Hitam pandangan, remuk hati, bagaikan batu yang besar berada di atas kepala ini setelah abah menghembuskan nafas terakhir. Dari urusan mandi,kafan dan sembahyang arwah abah, aku cuba libatkan diri meskipun tidak sepandai mana. Pada saat memandikan arwah abah, hati aku begitu tersentuh apabila tuala mandi yang dibeli arwah abah adalah tuala yang digunakan semasa urusan mandi jenazah. Terkedu aku tatkala mulut aku terketar-ketar menahan takungan air mata jatuh menyembah bumi ketika saat itu berlaku. Yang paling manis, aku dapat mengimamkan sembahyang jenazah untuk arwah abah. Itulah amal yang mampu aku lakukan pada ketika itu.


20.6.2010

Mengingat kembali setiap ukiran senyuman arwah abah dan Ayat-ayat Yasin serta surah Al-Fatihah sahaja yang mulut aku mampu luahkan untuk arwah abah sempena HARI BAPA pada kali ini.

P/s: Selamat Hari Bapa !!

Saturday, June 19, 2010

Bila Tak Pandai Menari, Jangan Salahkan Lantai yang Tak Rata

Aksi-aksi pada perlawanan Piala Dunia 2010 teus hangat diperkatakan. Antara aksi yang menarik pada kejohanan ini ialah:-


dan ini...



Aksi ini telah mendapat perhatian yang serius dari orang kuat seperti di bawah:-



Mamat ini tidak memberi sebarang komen pada aksi-aksi menarik yang dipaparkan seperti di atas. Beliau lebih banyak memberi komen kepada barang baik seperti ini:-


P/s: Dapatkah kita menyaksikan aksi-aksi sebegini rupa pada perlawanan sebentar lagi.

Sunday, June 13, 2010

Soalan Untuk Pekerja Baru

Di saat pekerja baru untuk membiasakan diri di tempat dan suasana yang baru, pasti rakan-rakan sekerja akan menegur anda dan disertai dengan persoalan-persoalan lazim. Soalan-soalan lazim yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga pekerja baru di satu organisasi adalah seperti berikut:-

Soalan 1: Sebelum ini kerja mana?
Soalan 2: Dulu belajar mana?Ambik coz ape?
Soalan 3: Nak panggil ape kamu ni?
Soalan 4: Datang ofis naik ape?
Soalan 5: Ko dah ada awek belum?

Untuk soalan nombor 5, ada cadangan untuk jawapan bagi soalan tersebut. Bagi yang dah ada awek dan untuk menampakkan kejujuran, balas saja dengan senyuman tanpa kata-kata atau bilang saja sudah ada.

Bagi yang nak tambah-tambah awek atau memang tak ada, bilang saja si penanya dengan berkata saya tak ada lagi awek. Itu gaya yang sopan dan menunjukkan kejujuran. Mungkin jawapan itu kita boleh tokok tambah dengan berkata, "Saya tak ada awek lagi, duit pun tak banyak mana nak berawek ni".

Tapi untuk jawapan yang poyo lagi macho untuk soalan nombor 5 ni, bilang saja 'YSL'. Kalu si penanya tergaru-garu kepala dan buat muka pelik macam kene cuka, kamu sambung lagi, "Young.Single.Lonely".

P/s: Belum tentu buaya tu sudah puas dengan bilangan anak-anaknya.Kakaka

Saturday, June 12, 2010

Tekan 3, dan 3, dan 3 lagi

Jam di tangan menunjukkan tepak pukul 7 petang. Aku yang baru bekerja terpaksa la menunjukkan kesungguhan yang berlebihan. Walaupun kesungguhan aku tidak seperti kesungguhan pemain Mexico yang terpaksa mengikat Afrika Selatan dalam perlawanan Piala Dunia, namun aku terpaksa menyiapkan kerja hakiki ini.

Setelah masuk ke lif, aku dengan pantas terus menekan nombor 3. Namun perkara pelik berlaku. Pintu lif tidak mahu tutup sepertimana keadaan lif yang sihat walafiat. Aku meneruskan lagi usaha dengan menekan nombor 3, sekali lagi usaha aku gagal. Pintu lif hanya menutup separuh sahaja. Terdetik dalam sanubari ini, "Ya Allah, janganlah ko nk try aku pada waktu-waktu begini". Dan sekali lagi aku menekan nombor 3. Namun gagal.

Aku menenangkan diri aku sejenak. Dengan perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menepuk dahi aku. Memanglah pintu lif tak nak tutup, baru aku sedar sekarang aku berada di aras 3. Aku memandang-mandang ke atas lif takut-takut ada CCTV. Selamat! Kalu ada CCTV mesti Pak Guard dah gelakkan aku sampai tercirit.

P/s: Kalu dah habis waktu kerja, balik je....

Saturday, June 5, 2010

Berita Hairan (Edisi Selatan)




NUSAJAYA 1 Jun - Seorang budak yang berasal dari Kluang telah memulakan pekerjaan yang baru di Nusajaya dan dilaporkan telah sesat dalam perjuangannya pada hari pertama. Walaupun perjuangan beliau tidak setanding dengan perjuangan sukarelawan-sukarelawan misi Gaza, beliau telah mencuba melaporkan diri di tempat kerja yang baru iaitu di Nusajaya. Dengan berbekalkan sebantal roti Gardenia dan harapan dari kawan-kawan lamanya di Serdang, beliau selamat sampai di pejabat beliau mengikut waktu kerja kerajaan.
"Walaupun saya tak handal dalam jalan-jalan di Johor Bahru, tetapi saya mencuba sebaik mungkin untuk sampai ke tempat kerja baru. Walaupun setelah diberitahu oleh rakan sekerja bahawa jalan yang saya lalui adalah jalan yang jauh (seperti gambar di atas)", kata beliau.
Kegigihan beliau ini mungkin menjadi iktibar kepada anak-anak jati Johor yang berada di Kuala Lumpur untuk pulang ke Johor bagi menakbur bakti di tanah air tercinta.















Beliau juga sempat mengirimkan sebuah gambar yang menarik untuk tatapan para pembaca (seperti di atas) sebagai tanda terima kasih beliau kepada pemberita yang menghargai seloka hidupnya pada hari tersebut. Gambar ini ditangkap sewaktu beliau menghabiskan waktu petang setelah penat seharian bekerja. Pemandangan yang hanya terdapat di Nusajaya ini telah menarik minat pemberita untuk pergi ke tempat tersebut bagi mengamati keindahan seperti yang terterap pada gambar di sebelah.



cc: Caki dan Ijai(boleh dipertimbangkan)



Sunday, May 30, 2010

Manusia Yang Sukar Menerima Pembaharuan

Terima kasih kepada caki yang membuatkan aku rasa dihargai...

2 hari lagi aku akan memulakan hidup dengan menjawat jawatan di kerajaan negeri Johor. Setelah lima tahun aku hidup di negeri orang, kini aku kembali ke Johor. Meskipun amat sukar untuk pulang semula ke negeri sendiri, tetapi sedikit sebanyak akan menambahkan lagi penonton di stadium Johor sewaktu pasukan Johor beraksi di Liga Super.

Setelah pulang ke Johor, aku senaraikan kesukaran yang bakal aku hadapi:-

1. Lepas ni aku nak cari kedai makan macam Gravy Baby di Johor. (padahal baru pergi sekali)
2. Nak cari team futsal untuk aku pamerkan bakat yang ada.
3. Kene mencari kawan-kawan di Johor.
4. Kene memahami trafik kondisi di Johor.
5. Kena baca game di tempat kerja baru.
6. Kene menghafal jalan.
7. Kene mencari teman-teman wanita. (yg ni penting bg tujuan sumber inspirasi)
8. Kene mencari umah sewa yang sudah ada mesin basuh. (aku malas basuh baju pakai tangan)
9. Kena hafal semula lagu negeri Johor. (yang ini patutnya aku dah bole kene hukum tembak dah)

Jom sama-sama nyanyi...


Tuesday, May 25, 2010

Lelaki Nak Juga


Kantoi Whatever

Tuesday, May 11, 2010

Motosikal lagi bagus dari Bas dan Naza Ria

Tepat 3.30 petang, "Zul, jom minum"...sapa bos aku. "5 minit lagi kita gerak Malik,kita ajak ramai sikit"...balas aku.

Aku tau ajakan bos aku itu bukan ajakan biasa. Walaupun dia ajak minum, tapi aku tetap akan makan berat.

Selepas sedawa bau sirap limau dan nasi goreng ladna, aku tengok jam lagi. Tepat 4.30, setengah jam lagi nak balik.

Sampai di pejabat, bos 'beso' melihat saja gelagat anak buahnya yang suka curi tulang.

"Nasib baik ko tak bawa bas, ko bawa Naza Ria je. Kalau tidak, habis kosong pejabat kita ni ko bawak keluar"...perli bos 'beso' aku kat Malik. Sengih saja Malik.

Nasib baik aku pakai motosikal je, tak adalah aku buat jahat macam bos aku...HEHE

Saturday, May 8, 2010

Bingkisan Kampung Halaman

Kepulangan aku ke kampung halaman yang bermula 6 hb sehingga 9 hb, digunakan sebaik mungkin oleh aku. Tujuan utama aku pulang ke negeri Darul Takzim:-

i) Kenduri arwah bapa kesayangan
ii) Melawat pakcik yang tenat
iii) Rindukan masakan mak
iv) Futsal

Tujuan pertama:-
17 hb ni genaplah 5 tahun pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah akibat sakit kanser. Bagi mengingati pemergian ayanhanda tercinta, 1 Majlis Yasin dan Tahlil yang berlangsung pada 7hb lalu berjaya dilaksanakan secara sederhana oleh keluarga aku dimulai dengan kehadiran para jemaah masjid, jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. Seterusnya, bacaan Yasin dan Tahlil berkumandang di teratak indahku ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan terima kasih dari Encik Zulhilmy kepada para jemaah dan disudahi klimaks iaitu jamuan ringkas..

Tujuan kedua:-
Abdul Rahman Hj Hashim merupakan orang yang paling banyak mengajar aku tentang alam keduniaan dan akhirat. Pada umur 4 dan 5 tahun aku dihantar belajar bersama beliau oleh orang tua ku bagi memepelajari ilmu dunia dan akhirat. Bulan 4 yang lalu bermulanya titik hitam beliau kerana disahkan koma oleh doktor akibat paru-paru dan jantung gagal berfungsi. Setelah aku menziarahi beliau selama 30 minit,doktor mengesahkan beliau meninggal dunia 6 hb tepat jam 11.15 malam. Memang rezeki aku dapat berjumpa dengan beliau sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini untuk menghadap ke alam kubur..

Tujuan ketiga:-
Ikan mayung masak asam pedas, itulah masakan yang akan dimasak oleh bonda tercinta jika aku berada di rumah. Sehinga ke hari ini, deria lidah aku masih lagi terasa akan asam pedas ikan mayung itu. Itu bukan bermakna aku tak gosok gigi. Pergh!!! Tak terhingga rasanya. Lagi sekali, pergh!! Dan lagi, pergh!!!..

Tujuan Terakhir:-
Pagi tadi aku dapat pesanan ringkas dari kawan aku yang menaip macam ini, "zul, ada game ftsl skank kt stdium. Cepat! Aku yang sibuk mengemas rumah terpaksa meninggalkan kerja tersebut disebabkan futsal punya hal. Maklumlah, sudah sekian lama aku tidak bermain futsal bersama teman-teman lama. Main punya main, kumpulan aku dinobatkan johan dalam pertandingan tersebut. Aku pulang ke rumah dengan disambut muka bengang mak aku. Aku sedar, silap aku tak siapkan kerja-kerja yang aku buat sebelum bermain futsal. Setelah aka rasa bersalah, aku memujuk mak aku dengan membawanya berjalan-jalan di seluruh daerahku walaupun tak besar mana. Baru aku sedar, bahawa yang ibuku ini memerlukan teman rapat dan sokongan yang kuat dari anakandanya..

Tuesday, April 13, 2010

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut

Mengisahkan situasi Si Penyu bersama bapaknya..

Si Penyu meneruskan pengembaraan sambil korek gigi dan mengembalikan tangan itu ke hidung (sambil hidu). Bapanya menegur akan perbuatan kejinya itu, tapi die membalasnya dengan berkata "Ada aku Kesah??"...Gelengan kepala sahaja yang bapaknya mampu buat.

Si Penyu berhenti rehat sambil menguyah coklat dimulut. Sambil berehat, dia mengangkat punggungnya separuh lalu melepaskan angin. SSssst..(lebih kurang begitu bunyinya).."Ko ni, tak reti2 bahasa ke. Jagalah la sikit adab tu", bilang bapaknya. Lantas anaknya naik angin dengan teguran bapaknya itu.

Si Penyu turun dari kenderaan bapanya dan bertanya, "Ape yang bapak cari?" Diam saja bapaknya membalas pertanyaan Si Penyu. Pada ketika itu kereta bapak Si Penyu pancit. Sedang memasang semula tayar simpanan, si bapak telah kehilangan skru tayarnya. Si Penyu dengan selamba membuka satu skru di setiap tayar kereta. Seterusnya Si Penyu memasang skru tersebut di tayar yang kehilangan skru. "Bijak tak saya ayah??", bilang Si Penyu kepada bapaknya.

Si Penyu tiba di Hospital Tg. Rambutan dan terus mendaftarkan diri sebagai penghuni baru. "Weh, asal ko masuk sini?",sapa kawan biliknya. Bapak aku bilang aku giler sebab kat umah aku ada lipas yang kehilangan kaki satu. Ketika itu bapak aku melihat saja keadaan lipas yang tidak mampu bergerak itu. Bapak aku menggelakkan sahaja keadaan lipas itu dan berkata "Padan muka ko lipas dah tak bole jalan". Bengang dengan tindakan bapak aku itu, aku menyentuh badan lipas itu. Lipas itu dapat berjalan, tetapi dalam keadaan yang menggelupar. Aku terus menulis teori itu ke atas kertas, dan membuat edaran di surau-surau dan orang ramai. Itulah sebab aku masuk sini. Terlopong saja kawan Si Penyu itu mendengar akan ceritan Si Penyu itu.

Saturday, April 3, 2010

Bohong Atau Dapat Malu

Bangun pagi gosok, gigi, cuci mata dan mandi. Itulah salah satu lagu time kelas muzik aku pada Tahun 1. Sambil mandi, sambil nyanyi lagu ini. Rasa macam Hail Amir pun ada suara aku rupanya.

Lepas mandi, rasa macam nak basuh baju yang sekian lama tak basuh. Sambil-sambil kutip baju kotor, sambil tu jugalah aku cium baju tersebut. Boleh tahan jugak baunya. Hehe..

Alamak!! Aku lupa beli sabun basuh, sabun dah habis. So, aku pun pergi ke kedai bagi mendapatkan sabun jenama 'Attack Color'. Sambil-sambil mencari sabun, entah macam mana tangan aku terambil pulak barang yang tak sepatutnya nak beli. Sedang menunggu giliran untuk pembayaran, aku pun keluarkan duit yang tak berapa nak ada. Kira punya kira, tak cukup rupanya. "Kak, saya tinggal barang dulu kat kaunter eh, nak g bank jap" kata aku kat casher.

Aku naik hairan dan pelik, kenapa aku tak boleh keluarkan duit pulak ni. Berfikir aku sejenak sambil membelek-belek wallet yang tak ada isi. Aduh!! Patutla, hari ini semua mesin ATM ada buat penyelenggaraan sampai pukul 3.00 petang.

Ehm..

Sambil menunggang motosikal, aku terpaksa membuat satu keputusan samaada balik semula ke kedai runcit atau pulang terus ke rumah. Teng, teng, teng..

Kalau aku pergi kedai tu balik, mesti aku malu ni. Aku pun membuat keputusan drastik dengan pulang terus ke rumah. Sori la akak casher, saya terpaksa bohong anda. Saya tidak berniat pun, mesin ATM yang membuatkan saya terpaksa.


Pembelajaran: Pitching suara aku bertambah bagus.

Tuesday, March 30, 2010

Dunia Permotoran - Chapter 1

Sedang asyik membonceng basikal, mata yang layu ini tiba-tiba menjadi segar dengan segera tatkala kenderaan lain memperlahankan pusingan tayar masing-masing. Mata aku terus terpaku melihat satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan lori bertayarkan enam belas biji. Bertambah sayu apabila pembonceng motosikal sudah terbaring kaku dan hanya dilitupi dengan surat khabar. Innalillah....

Selepas melihat kejadian itu, aku terus terfikir bagaimana perasaan ibu bapa si pembonceng itu apabila mengetahui kejadian yang menimpa terhadap anaknya itu. Ishh!!!

Sambil memikirkan bermacam-macam kemungkinan, aku pun memulas throttle motosikal aku macam biasa. Sambil pulas throttle motor, aku teruskan khayalan aku.

Macam mana la perasaan ibu bapa si pembonceng itu jika pagi-pagi si anak tadi tu yang nak mencari rezeki bersalaman dulu memohon restu untuk mencari sesuap nasi yang halal. Bila si ibu bapa menunggu kepulangan anaknya di kala senja hari, hanya perkhabaran kematian yang mengganti kepulangan anakya itu.

Wah!! Tinggi betul imaginasi aku ni...Kih Kih Kih...

Sambil menggenggam throttle motor aku, mata terrrrrlihat la pulak meter motor aku. 110..Ya 110...Sekali lagi, ya 110.

Terus aku berkata dengan sendirinya. Imaginasi punya la tinggi, tapi tak insaf-insaf juga.


Moral: Selagi ada kemahuan, di situ ada highway.

Thursday, March 25, 2010

Kita Memang..

Kita memang suka harta tapi kita lupa halal atau haram
Kita memang suka rumah tapi kita lupa meletakkan sebarang ayt Al-Quran
Kita memang suka cinta tapi kita lupa akan Pencipta kita
Kita memang suka gelak ketawa tapi kita lupa kita sedang ditertawakan
Kita memang suka duniawi tapi kita lupa persiapan untuk Akhirat

Monday, March 22, 2010

Dulu dan Kini...

Dulu..
Aku main badminton, beli bola RM1.
Pastu raket, dengan menggunakan tudung periuk mak aku.
Punye la sakit tangan masa tu.
Kini...
Pakai raket badminton, bola free plak tu.(tp pinjam member)....

Dulu..
Aku main bola sepak dengan berkaki ayam.
Balik rumah kaki punye la kotor sebab getah rumput melekat kat kaki.
Punye la susah nak hilang kotoran tu.
Kini..
Main bola pakai kasut bola (tp bukan pinjam, beli sendiri)

Dulu..
Time kecik-kecik, kalau beli baju mesti sama warna dengan adik-adik aku yang lain.
Maklumlah, adik-adik ramai lelaki.
Kini..
Sebelum beli, kene bagi tahu adik-adik aku. Bagi tahu nak beli baju kat kedai mana.
Punyala takut kalau beli sama ngan adik-adik aku yang lain.

Dulu..
Kalau nak makan McD guna duit sendiri, punyala lama kumpul duit.
Dah la lama kumpul, pastu dapat beli yang paling murah. Syukurlah.
Kini..
Bile aku lunch kt McD, punye la ramai budak sekolah makan McD..Pergh!!
"Kak, bagi 2large set Quanter Pounder", minta salah seorang budak sekolah. Tu dia!!!
Punya la beruntung budak zaman sekarang ni...


Actually, td aku lunch ngan caki kt McD. Fenomena budak sekolah tu berlaku kt McD tu tadi...

Saturday, March 13, 2010

WDF 3150

Sekitar tahun 2002...

Awal tahun zaman persekolahan, di mana semua sekolah dipenuhi dengan takwim-takwim sukan. Begitu jualah dengan sekolah aku. Untuk tahun ini sepak takraw menjadi permulaan bagi sukan MSSD peringkat daerahku iaitu Kluang.

Setelah training selama sebulan, "Esok kite dah start game, cikgu mahu kamu semua rehat dengan cukup. Bawak motor elok-elok, jangan laju-laju" pesan Cikgu Saad(coach takraw sekolah aku).

Sehingglah...

"Im, hantar aku balik rumah lepas sekolah nanti,bole tak?"tanya aku kepada rakan seperjuangan. "Bole beb, tak da hal la", jawabnya. Sambil berbual di atas motor, kereta wira dari belakang memotong motosikal yang kami naiki dan terus melanggar kami. Yeah!! Pemandu wira itu berjaya tackle kami macam main ragbi. Aku tertonggeng macam ayam baru lepas sembelih kat seberang jalan, syukur tiada kereta pada waktu dan ketika itu. Kalu tidak, pasti aku tiada lagi di muka bumi ini. Sedar-sedar dari jatuh, aduh!! Ni mesti tangan aku patah,tak main takraw la aku esok. B****** punye wira.

Pergh!! Sia-sia aku training sebulan....


P/s: Tajuk tu no. kete yg langgar aku actually..

Monday, March 1, 2010

Benar Kata Orang-Orang Tua Dulu

Mak aku selalu bilang sama aku, "Kalau jumpe benda pelik daripada biasa, jangan tegur. Takut 'Benda' tu datang kat kite nanti"...bilang mak kepadaku.

Aku pun mengingati perkara itu sehingga hari ini, tetapi sehinggalah perkara yang tidak diingini berlaku kepadaku.

Time aku sekolah rendah dulu, aku selalu duduk bawah longkang besar bersama rakan-rakanku sambil menyedut ais krim Malaysia. Sedang menyedut ais krim itu, aku terhidu bau yang agak pelik, tapi aku selalu bau benda itu. Aku buat tak tau kerana aku ingat pesanan yang mak aku sampaikan.

Makin lama, makin kuat pulak bau itu berpeleseran dihidung aku, lantas aku menoleh rakan sebelah aku. Tersipu-sipu sahaja senyuman yang diberikan kepadaku. Dengan melupakan sejenak pesanan mak aku itu, dengan cekapnya aku dapat tangkap disebalik senyuman itu lantas aku berkata, "Bengong ko, nasib baik aku tengah mengadap rezeki ni. Kalu tak, aku rejam sampai berbulan-bulan ko x bole buang air besar".

Maklumlah, benda ni tak berbunyi tapi baunya mengalahkan dari yang berbunyi...Pergh!!!



Kalu anda semua pandai,apakah itu?

Monday, February 22, 2010

Ketika...


Cerita ni bukan aku nak ‘gebang’ yang aku ni seorang yang nakal time hingusan dulu, tapi aku duk-duk berangan tibe-tibe teringat plak ketika zaman dahulu kala…

Ketika aku umur setahun jagung. Mak aku suapkan aku makanan ke dalam mulut aku. Tapi aku balas budinya dengan menumpahkan makanan itu (mak aku suap tepung beras,tp mayb nk makan Mcd sgt kot aku time tu)



Kenangan bersama adik-adikku di Zoo Negara...

Ketika aku berusia 3 tahun. Mak bapak aku bawak aku pergi zoo, orang ramai semua bagi makan kat ziraffa. Tapi yang aku ni pulak, pergi tepuk muka zirafah tu. Melenting zirafah tu. Langsung mak bapak aku kene marah dek penjaga zirafah tu.


Ketika aku umur 4 thun plak, mak aku belikan aku ’crayon’(brand yg famous time tu BUNCHO). Tp aku hargainya dengan conteng kt dinding rumah aku.


Ketika aku beso sikit,seingt aku time tu umur 11 tahun. Bapakku belikan aku bola. Penyudahnya, aku sepak bola sehingga terkena cermin bas sekolah. Sampai pecah plak tu. Siapa yang ganti cermin tu?? Orang yang belikan aku bola ler kene ganti...hehehe


Ketika nak ambik UPSR plak. Keluarga aku pesan, jangan byk sangat nengok tv. Bile keluarga aku kuar umah je, cepat-cepat aku bukak tv (CD Dragon Ball Z)


Ketika sekolah menengah, zaman tu geng-geng skolah suke gunting rambut style sodok tepi, tapi ada plak yang kata keruk tepi. Aku pun tak tahu yang mana satu bahasa betul untuk potongan rambut begitu, tapi yg penting mak bapak aku duk bebel dan kutuk-kutuk aku, mereka cakap macam tempurung kelapa rambut aku...


Ketika aku naik tingkatan 4. Awal-awal tahun aku selalu ponteng kelas math tambahan, sebab aku kurang berminat sangat dengan ilmu hisab. Penaltinya, Cikgu Razali (guru disiplin) punye rotan henggap ke punggungku..


Tu jela yang aku ingat sikit-sikit time aku nakal-nakal....bile duk kenang-kenang, kelakar dan kesian kt org yg aku susahkan tu...hehehe

Sunday, February 14, 2010

Bos Aku Memang Jujur



Tengok jam di tangan, eh silap!! Aku tak pakai jam pulak. Aku tak putus asa, lantas aku tanya bos aku.."Bos, pukul berapa yek skank ni?.." "Ehm..1.15.Tanye ni macam berhajat je"..jawab bos aku. Tersenyum sahaja aku dengan jawapan bos aku itu.

"Wei zul, jom ikut aku pergi lunch. Kite g makan ngan Malik kat Bangi"..ajak bos aku. Yes!! kata-kata itu yang aku nak dengar actually. Confirm makan free ni, peluang macam ni memang aku nak sangat-sangat.

Ketika perjalanan ke tempat makan, kite orang berbual pasal Rancangan Raja Lawak. "Kali ni yang masuk Raja Lawak semua tak best, aku just ketawa mcm tulis SMS je"..kata bos aku.

Aku pun tak tau rancangan tu x best sebab aku pun tak tengok rancangan tu.

Sedang mencari parking,kami ternampak pulak Personaliti Raja Lawak musim yang baru ni sedang berjalan-jalan.. "Malik2, lalu kt sebelah dia orang tu. Memang rezeki aku ni"..kata bos aku. Malik pun memandu kereta melayankan kerenah bos aku ni. Sampai sebelah gang-gang Raja Lawak tu, bos aku terus teriak " Wei Raja Lawak! Korang buat lawak tak best la". Bos aku terus tutup pintu dan suruh Malik jalan cepat-cepat.

Aku bantai gelak dalam kereta melihat perangai bos aku yang memang jujur kerana bagi kritikan yang bernas.




~gelak SMS = macam kite gelak and then tulis kat SMS mcm ni (haha). Dua suku kata je..

Air Oh Air!!

Sedang kelam-kabut pakai baju hujan, terdetik pulak dalam hati. "Hari-hari balik keje, mesti kene cari jambatan nak berteduh sebab hujan".. Ape la nasib, tapi takpe Tuhan nak uji aku kot. Tak sabar rasanya nak balik Kluang time Gong Xi Fa Cai ni, mak aku cakap Johor dah lama tak hujan.


Setelah selesai pakai baju hujan, aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.


Tiba cuti raya cina. Aku memandu kereta dengan tekun dan istiqamah. Sampai sahaja di kampung halaman, mak aku menyambut aku macam aku bawa sekali bakal menantu. "Along dah makan?"..soalan pertama mak aku. "Belum lagi"..jawab aku. "La ye ke? Mak tak masak sebab air takde ni,kene catu. Sebulan lebih tak hujan ni"...tambah mak aku lagi. Maybe tak ada rezeki aku pada hari tersebut.


Sekarang ni dah masuk dua hari rumah aku tak ada air langsung. Badan pun dah naik melekit dibasahi peluh. Niat nak mandi kat masjid, tapi ape kan daya. Menurut Imam masjid tempat aku, "Air kat masjid pun dah tak ada dik".. Sayu hati aku ni...


Sekarang baru aku sedar, Tuhan sekali lagi menguji kesabaran aku..


Aku nekad, petang ni aku kene mandi. Akan ku redah jalan ke Air Terjun Gunung Lumut..