Monday, July 19, 2010

Main Kotor Nampak

Hampir seminggu aku berada di Kuantan bagi menyertai Sukan SUK Se-Malaysia yang bermula dari 16 sehingga 20 Julai 2010. Bermacam-macam juga perubahan pembangunan di Kuantan yang aku dapat lihat dari tahun 2005 hingga kepada tahun 2010 ini. Namun perubahan itu tidak disukai oleh beberapa penduduk Kuantan. "Kuantan ini banyak juga benda mengarut dah ada. Disko pun dah banyak", kata Adam (pakwe Nuol) kata kepada aku.
Aksi terakhir aku dalam Sukan SUK ini ialah menentang Kedah. Keputusannya Johor (2) vs Kedah (2). Keputusan itu sekaligus menempatkan pasukan Johor berada di kedudukan naib johan kumpulan. Pada perlawanan terakhir itu, satu situasi luar biasa telah berlaku kepada penjaga gol pasukan aku dimana dia melepaskan gol mudah kepada pasukan Kedah. Aksi penjaga gol itu telah memusnahkan impian pasukan aku yang ingin bergelar juara pada kejohanan kali ini.

Setelah habis perlawanan, satu post mortem telah dibuat. Rata-rata post mortem itu banyak mengatakan tentang aksi penjaga gol pasukan aku. "Sori la kawan-kawan. Last game tu, tangan aku menggigil tiba-tiba. Bukan aku takut. Lepas tu tangan aku ada lebam ni haa", kata penjaga gol aku. Masing-masing tercengang dengan kata-kata penjaga gol itu. Lantas seorang ustaz bersuara dari belakang, "Ada orang 'hantar' tu". Terus berderau dan menyirap darah aku mendengar kata-kata tersebut. Lantas aku terbayang-bayang pembangunan di Kuantan dan aku berbisik-bisik di dalam hati "Masih adakah manusia yang suka akan perbuatan syirik ini meskipun kita berada dalam dunia yang serba moden dengan dinaungi pembangunan pencakar langit.
Namun aku tetap berfikiran positif dengan menyatakan bahawa memang itu sahaja rezeki dan ketetapan Tuhan berikan kepada pasukan aku. Aku hanya mampu berdoa agar manusia yang 'menghantar' itu diberi kemaafan dan diberi Hidayah dari yang Maha Esa.
P/s: Kuantan dah ada EC Mall beb. Orang Kuantan panggil ECM.

1 comment:

  1. weit! lme gle da ade laaa...tu la org kat ktan ko dok bertapa kat beranang tu!!! hahaha :))

    ReplyDelete