Di kala selatan Malaysia dilanda bah banjir, mangsa banjir menganggap ini semua sebagai ujian Tuhan pada awal tarikh mendapat gaji.
Ada yang sudah berkira-kira jumlah kerugian, ada yang sibuk berpindah penempatan banjir sementara dan ada juga yang hanya memerhatikan di rumah sahaja melalui kaca-kaca televisyen.
Bagi yang sibuk berpindah, mereka melalui pelbagai halangan yang berliku..
Sambil memicit-micit lengan yang lenguh mengangkat barang, pergerakan mata laju memerhatikan setiap pergerakan aliran air banjir. Mata berhenti bergerak sambil memerhati sesuatu. Diambil seketul batu dan dilontar ke arah biawak.
"Lesu, lemah, tidak bermaya".... mungkin itu yang dikata biawak tersebut kepada si pembaling.
Si manusia tidak berpuas hati dengan biawak yang bongkak lagi angkuh itu, lantas si manusia berlari ke arah biawak sambil tangan laju mencapai sebatang kayu.
Sedang hendak merejam biawak tersebut, si manusia itu terkejut dan berkata, "S***!! Siapala yang bengong sangat berak bersepah-sepah"...
P/s: Jangan sangka tahi yang tenang tiada siapa yang nk tegur.