Wednesday, February 2, 2011

Biawak Banjir

Di kala selatan Malaysia dilanda bah banjir, mangsa banjir menganggap ini semua sebagai ujian Tuhan pada awal tarikh mendapat gaji.

Ada yang sudah berkira-kira jumlah kerugian, ada yang sibuk berpindah penempatan banjir sementara dan ada juga yang hanya memerhatikan di rumah sahaja melalui kaca-kaca televisyen.

Bagi yang sibuk berpindah, mereka melalui pelbagai halangan yang berliku..

Sambil memicit-micit lengan yang lenguh mengangkat barang, pergerakan mata laju memerhatikan setiap pergerakan aliran air banjir. Mata berhenti bergerak sambil memerhati sesuatu. Diambil seketul batu dan dilontar ke arah biawak.

"Lesu, lemah, tidak bermaya".... mungkin itu yang dikata biawak tersebut kepada si pembaling.

Si manusia tidak berpuas hati dengan biawak yang bongkak lagi angkuh itu, lantas si manusia berlari ke arah biawak sambil tangan laju mencapai sebatang kayu.

Sedang hendak merejam biawak tersebut, si manusia itu terkejut dan berkata, "S***!! Siapala yang bengong sangat berak bersepah-sepah"...


P/s: Jangan sangka tahi yang tenang tiada siapa yang nk tegur.

8 comments:

  1. takziah buat rakyat johor... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tuan penulisnya, sebenarnye... maksud entry ni apa ya? mahu cerita tentang banjir atau biawak? dan apa pula kaitannya dengan berak dan tahi yang bersepah-sepah??

    sungguh aku tak mengerti....

    ReplyDelete
  3. adakah penulis yg memegang tahi tersebut?

    ReplyDelete
  4. anon, fahamilah betul-betul.

    guna akal, jangan malas berfikir

    ReplyDelete
  5. setelah dibaca berulang-ulang, namun juga masih tidak faham

    mungkin bahasa aku tidak setinggi mana
    pengalaman hanya sedikit cuma, dan boleh dikira
    inikan pula nak olah bahasa

    ilmu tak sebesar padang, akal tidak setajam pedang~

    ReplyDelete
  6. haha!
    senget btol ah

    ReplyDelete
  7. agak sengal entri ko... maka kesian la tuan yg terkena tahi berbanding biawak yg dikejar... padan muka...

    ReplyDelete
  8. aku faham perasaan pemilik biawak tersebut.. huihh!

    ReplyDelete