Wednesday, November 2, 2011

Pancing Bini

Bila sebut Padang Besar, pasti anak muda akan bernafsukan jersi-jersi EPL yang hebat untuk dipakai gah bila menyokong pasukan masing-masing....

Bila sebut Padang Besar, pasti persatuan bini-bini akan membeli toto narita untuk dibuat koleksi di rumah kediaman walaupun fungi utama toto adalah tilam semasa tidur...

Bila sebut Padang Besar, pasti kanak-kanak akan menjeling permainan traktor yang besar untuk dibawa pulang walaupun pembelian tersebut mesti dipersetujui melalui duit poket ayah...

Bila sebut Padang Besar, pasti SANG SUAMI akan membelikan cenderahati untuk si isteri walaupun si suami sudah kehabisan duit selepas sesi mengurut.

"Akak-akak, saya nak tanya sikit boleh? Saya nak beli barang untuk orang umah saya, tapi saya tak tau nak beli barang ape untuk dia. Boleh akak suggestkan barang apa yang sesuai tak?"....

"Haa...Senang je dik, adik belikan orang umah 'baju pancing bini' "....

Telopong Sang Suami...

"Ni ha, warna biasa warna krim. Tapi kat kedai akak ni ada warna biru dan hijau. warna pink pun tak ketinggalan...."

Sang Suami 1: "Akak saya nak warna pink"....

Sang Suami 2:"Dok, aku pun nak beli jugak la. Tapi ko ambik la warna lain, aku minat warna pink."...

Sang Suami 1:"Ko beli sama pun, bukannya ko dengan bini ko 1 rumah dengan aku samdol!"....

P/s: Rumah urut boleh la kongsi bilik, tapi orang umah mana ada kongsi bilik samdol..

Saturday, August 13, 2011

Batal Puasa Tak?

Sekitar puasa yang keberapa pun aku tak ingat, tapi yang pentingnya sepanjang bulan Ramadhan tersebut aku berjaya puasa penuh tanpa paksaan...

"Bang, tiket balik Kluang ada lagi ke tak?", soal aku kepada penjual tiket di Terminal Kuantan. "Ni last dik", jawabnya sambil menghulur tiket. Mengucap syukur aku pada Yang Maha Esa setelah apa yang dikurniakan Dia sebentar tadi. Maklumlah waktu nak balik raya bermacam-macam umat sibuk beli tiket nak balik raya. Yang aku peliknya kenapalah mereka semua tak beli kereta bila tiba waktu raya, sama juga fungsinya. Masih boleh pulang beraya. Hehehe.

"Dik-dik, tiket adik ni seatnya disini", tegur pemandu tersebut. Terbeliak biji mata aku melihat seat yang ditunjukkan oleh pemandu bas tersebut sebentar tadi. Sah! Aku kene game ngan penjual tiket. Seat aku co-pilot punya tempat. Oleh sebab aku malas nak bertekak dan memang aku tak pandai bertekak, aku melabuhkan punggung aku ke tempat duduk tersebut.

Sepanjang perjalanan aku memerhatikan sahaja gerak-geri pemandu bas.

Gerak- geri pertama yang aku kagum ialah mengeluarkan kepala di tingkap bas. Tak syak! Pemandu mengantuk. Jangan sampai mak aku sambut raya sambil buat kenduri arwah untuk aku pulak.

Gerak-geri kedua yang dilakukan betul-betul buat aku gelak. Diambil satu botol air mineral dan dibukakkan penutupnya sambil membeliakkan matanya. Lantas die menuang kesemua air tersebut ke dalam mata. Hahaha. Lepu!

Gerak-geri paling menarik ni membuatkan aku nak maki. Diambilnya sebotol air mineral, lalu diminumya.

Kan..Kan.. Kan senang kalu dari awal la kau minum je air dari tadi. Tau la bulan Ramadhan, tak payahla nak tunjukkan mukadimah ko yang ditunjukkan melalui gerak-geri tadi.

Terasa penat aku berpuasa ketika itu, padahal tengok gerak geri seorang pemandu bas yang banyak bunga-bunganya.

Friday, June 3, 2011

Kasih

Usai sembahyang maghrib, tergerak hati ingin menjenguk kucing yang lama ditinggalkan ekoran tempat kerja yang berjauhan.

Memancingnya dengan memberi makanan dengan harapan agar dapat aku belai badan kucing tersebut. Tetapi aku tersilap percaturan nampaknya, kucing tersebut seolah-olah mengajak aku membuka pintu rumah. Aku yang khilaf menurutkan sahaja pergerakan kucing tersebut.

Setelah pintu dibuka, kucing tersebut terus 'mengiaw' seolah-olah memanggil sesuatu. Kelihatan dari jauh si anak berlari menyahut panggilan si ibu kucing tersebut. Lantas keduanya terus mendapatkan makanan yang dihidangkan.

Baru aku mengarti kasih binatang terhadap anaknya.

Selesai bagi makan kucing...

Dengan gaya orang lama yang dahagakan berita semasa di televisyen, aku terus menekan siaran Buletin Utama. "Tajuk utama malam ini: Mayat bayi di campakkan ke bawah di sebuah pangsapuri...", kata Suhaimi (si pengacara berita).

Tanpa berlengah, aku tutup televisyen dan melayan kerenah kucing-kucing aku.

P/s: Baru aku mengarti kasih sorang ibu yang bernama manusia terhadap anaknya.

Sunday, March 27, 2011

Adik Aku Kacau Mimpi Aku

" Abang!Abang!... " teriak Lisa Suriani (bukan nama penuh) memanggil aku..." Awak bilang nak makan sama-sama tadi "...tambah Lisa lagi.

Baru sahaja hendak membuka mulut membalas sapaan Lisa, kedengaran bunyi message dari telefon bimbit aku. Yang peliknya tiada pulak bab bunyi telefon bimbit yang aku niatkan sebelum tidur tadi.

Hilang begitu sahaja mimpi tadi..

Aku meraba-raba mencari telefon bimbit yang berbunyi tadi sambil tahi mata menahan mata dari membuka kelopaknya.

Mata dibuka sambil membaca pesanan ringkas yang dikirimkan dari adik aku (Iki) tepat jam 6 pagi.

Abang, Iki tak boleh tidur tadi. Malam tadi, tengah-tengah Iki kerja, Iki nampak arwah Abah senyum dekat pintu masuk Pizza. Abang, walaupun keputusan SPM Iki tak berapa bagus, alangkah indahnya kalau ada ayah yang telefon Iki tanye pasal keputusan SPM Iki time Iki kerja tadi. Iki rindu abah.

Aduh!! Pagi-pagi buta lagi adik aku dah bermeaning pulak. Syahdu pesanan ringkas adik aku ni.

Walaupun kau nampak keras Iki, tapi ada juga kelembutan di celahan hati kau. Tahniah kepada kau kerana telah membuatkan perasaan aku tersentuh.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul....

Tiada harapan selain Allah
Tiada idola selain Nabi
Tiada kata seindah Al-Quran
Tiada jalan selurus Sunnah
Tiada perjuangan selain Islam


Wednesday, February 2, 2011

Biawak Banjir

Di kala selatan Malaysia dilanda bah banjir, mangsa banjir menganggap ini semua sebagai ujian Tuhan pada awal tarikh mendapat gaji.

Ada yang sudah berkira-kira jumlah kerugian, ada yang sibuk berpindah penempatan banjir sementara dan ada juga yang hanya memerhatikan di rumah sahaja melalui kaca-kaca televisyen.

Bagi yang sibuk berpindah, mereka melalui pelbagai halangan yang berliku..

Sambil memicit-micit lengan yang lenguh mengangkat barang, pergerakan mata laju memerhatikan setiap pergerakan aliran air banjir. Mata berhenti bergerak sambil memerhati sesuatu. Diambil seketul batu dan dilontar ke arah biawak.

"Lesu, lemah, tidak bermaya".... mungkin itu yang dikata biawak tersebut kepada si pembaling.

Si manusia tidak berpuas hati dengan biawak yang bongkak lagi angkuh itu, lantas si manusia berlari ke arah biawak sambil tangan laju mencapai sebatang kayu.

Sedang hendak merejam biawak tersebut, si manusia itu terkejut dan berkata, "S***!! Siapala yang bengong sangat berak bersepah-sepah"...


P/s: Jangan sangka tahi yang tenang tiada siapa yang nk tegur.