Saturday, August 28, 2010

Apa Ada di Bazar


Hari-hari di bulan Ramadhan diteruskan lagi bagaikan hari-hari mendatang yang biasa. Selepas kerja, tekan pedal minyak terus ke bazar Ramadhan bagi mencari sedikit juadah berbuka.

Setelah tiba, pandangan pertama terus tertumpu kepada cempedak goreng. "Kalau jadi pencuci mulut sedap ni"...bisik hati penuh nafsu. Perjalanan diteruskan lagi dengan mata terpaku dengan keramaian orang dek dipayungi dengan asap arang. Ayam Percik!!! Terngiur sejenak nafsu makan ketika itu. Kalau jalan lagi depan mesti ada juadah yang lagi hebat bagi melayan nafsu makan aku nanti.

Setelah hampir dua puluh minit berjalan tanpa sebarang perlakuan jual beli antara aku dan peniaga, kini aku tiba semula di titik tempat permulaan perjalanan aku di bazar tersebut. Dengan bersahaja, aku terus pulang ke rumah.

Capai periuk dan beras terus tanak nasi. Dua biji telur dipecah, di kacau pula dengan sambal dan dilengkapkan pula dengan campuran nasi yang sudah masak. (sambil nyanyi, "ikan di laut, asam didarat, dalam kuali bikin muafakat"..)

Waktu berbuka tiba, nasi goreng terus menerus di kunyah dengan rakus. Sedap juga nasi goreng aku ini. Boleh bukak kedai kat bazar Ramadhan ni.

P/s: Seronok juga aktiviti yang aku buat kat Bazar Ramadhan.

Tuesday, August 24, 2010

Tunggu Penghujungnya


Setelah dua minggu berlangsungnya EPL, para penyokong setiap pasukan sudah ada aktiviti pada setiap malam hujung minggu. Mungkin gejala rempit akan berkurangan sepanjang EPL berlangsung dan secara tidak langsung kedai-kedai makan akan mengalami indeks keuntungan yang melampau dari BSKL.

Setelah dua perlawanan, ada tanda-tanda keyakinan sudah terpancar pada pasukan yang memperoleh kemenangan dan sebaliknya pada yang kalah. Bermacam-macam alasan yang telah diberikan oleh pengurus, pemain dan penyokong setiap pasukan yang kalah.

Baru-baru ini Pengurus The Reds , si Roy Hodgson awal-awal telah mengeluarkan kenyataan yang beliau memerlukan masa untuk membentuk pasukan Liverpool. Itu alasan untuk pasukan mereka.

Bagi The Red Devils pula, seperti biasa Pak Alex akan terus mendominasi pengadil-pengadil yang mengadili pasukan mereka. Jika pasukan si Pak Alex ni menerima kekalahan, seperti biasa beliau dengan muka merah padamnya akan terus tidak bersetuju dengan cara pengadilan yang dijalankan oleh pengadil yang gagal didominasi oleh Pak Alex.

Kite beralih arah pula dengan pasukan The Gunners. Seperti biasa, pakcik Arsene akan terus mengerah pemain-pemain muda. Kalau menang, kredit yang tinggi diberikan kepada pemain mudanya. Apabila kalah, dengan mudah sahaja tutur bicara dengan alasan pemain masih muda dan kurang pengalaman. Entah bile pamain-pemain pakcik Arsene nak banyak pengalaman.

Pasukan The Blues yang dijangka akan menjuarai liga pada tahun ini, menerusi cakap-cakap belakang telah memulakan saingan dengan langkah kanan. Tetapi setiap penghujung musim pemain-pemain pasukan ini sering kali dikaitkan dengan skandal-skandal seks dan kawan makan kawan. Sekali gus persembahan yang bermula langkah kanan akan menjadi lebih menarik pada penghujung saingan.

Aku sebagai penyokong setia Harimau Muda akan terus menyokong dengan setia dan berharap pasukan Harimau Muda tidak kena bohong dari mana-mana pihak.

P/s: Bila la Johor boleh juarai Liga Super....

Sunday, August 15, 2010

Pintu Rezeki

Bagi golongan Islam, bulan Ramadhan merupakan bulan mencari rezeki tambahan. Cara yang paling mudah untuk mencari rezeki tambahan ialah dengan berniaga. Tidak kiralah berniaga makanan, minuman, kuih raya, kelengkapan raya sehinggalah kepada menjual mercun.

K, habis part berniaga.

Bulan Ramadhan pada kali ini, satu kejadian yang jarang berlaku di masjid-masjid negara ini mahupun surau-surau. Salah satu masjid (tidak perlu didetailkan masjid mana) telah kehilangan kipas hasil dari kerja pencuri-pencuri yang kononnya menyahut slogan ' Bulan Ramadhan itu bulan rezeki '. Si pencuri-pencuri telah menyapu bersih semua kipas-kipas jenis (stand fan) di masjid tersebut.

Kesudahannya, masjid yang menjadi mangsa kekejaman ala-ala zionis itu membeli kipas baru jenis (wall fan) dan seterusnya membuat majlis sembahyang hajat memohon pertolongan dari yang Maha Esa.

P/s: Wahai Si Pencuri! Jual mercun pun bole buat duit la beb..

Thursday, August 12, 2010

Pot Pet Pot Pet


Untuk berkumpul dan berjumpa sanak saudara, bukan suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau mempunyai keluarga yang besar. Itulah yang sering aku rasakan di keluarga sebelah ibuku. Atuk aku mempunyai 10 orang anak dan mempunyai 40 lebih cucunya. Punya la riuh kalau sekali berkumpul. Selain Hari Raya, kami juga akan berkumpul ketika 1 Ramadhan setiap tahun.

Atuk aku sering berpesan pada cucu-cucunya, "Kalau bulan Ramadhan segala perbuatan kena jaga, barulah bertambah berkat puasa kite nanti...".


Waktu yang paling aku suka bila dah kumpul ramai-ramai ni bila waktu hendak berbuka. Sepupu-sepupu yang sebaya, masing-masing bising hendak memilih makanan yang mana hendak didahulukan ke dalam mulut.

Apabila azan mula berkumandang, senyap sepi sahaja. Tiada kebisingan kedengaran lagi. Satu suara mencelah, "Korang ni, macam ayam nak dapat makanan. Bila dah dapat makan, senyap semua..." terkebil-kebil cucu-cucunya yang endah tak endah akan luahan rasa atuknya itu. Masing-masing sibuk dengan makanan di tangan dan mulut.


P/s: Aku rindu suasana ini..hehe



Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Setelah dikurnia nikmat yang begitu besar iaitu masih bernafas sehingga sekarang dari Yang Maha Esa, kita ditambah pula dengan dikurniakan pula dengan bulan Ramadhan yang penuh diberkati. Di mana semua manusia yang menyedari hakikat kebesaran bulan Ramadhan berlumba-lumba melakukan amal jariah dan yang tidak menyedari pula berlumba-lumba sorok belakang kedai makan cina untuk menikmati juadah yang lazat.

Azam bulan Ramadhan pada kali ini, sentiasa cergas walaupun berpuasa dengan ucapan:-


dan jangan lupa baca ini:-




P/s: Tak sabar nak tunggu raya pulak..kakaka


Wednesday, August 4, 2010

Ternyata Aku Kalah!!

"Esok hari aku nak puasa sunat"....tiba-tiba sahaja terdetik dalam hati. Bila sudah terdetik kenalah sempurnakan. Baru hidup lebih bererti dan bermakna.


Dugaan Pertama


Sampai saja di pejabat, "Dik, jemput makan...", sapa akak senior mempelawa aku makan sambil menyuapkan nasi dagang ke dalam mulut beliau.

Dugaan Kedua

Selepas aku berjaya menepis dugaan pertama, "Zul, jom minum kat Lubok..."pelawa pulak kawan sekerja aku yang lain. Aku menjawab dengan sopan dan bersahaja, "Takpe der, g ar dulu.Nanti aku sampai..". Setelah 30 minit, aku masih tidak terpedaya dengan dugaan kedua ini. Aku masih selamat.

Dugaan Terakhir

"Dik, meh makan ngan akak. Ada kambing kuzi, ayam panggang, ngan nasi minyak ni. Ada lebih masa meeting tadi...", pelawa CC ofis aku. Tanpa berlengah aku capai pinggan dan menyiat kambing dan seterusnya memasukkan dalam mulut. Setelah 3 kali kunyah, aku sedar aku TEWAS.

P/s:Nasib baik penduga-penduga tidak tahu, aku berniat puasa sunat ketika itu.