Saturday, August 28, 2010

Apa Ada di Bazar


Hari-hari di bulan Ramadhan diteruskan lagi bagaikan hari-hari mendatang yang biasa. Selepas kerja, tekan pedal minyak terus ke bazar Ramadhan bagi mencari sedikit juadah berbuka.

Setelah tiba, pandangan pertama terus tertumpu kepada cempedak goreng. "Kalau jadi pencuci mulut sedap ni"...bisik hati penuh nafsu. Perjalanan diteruskan lagi dengan mata terpaku dengan keramaian orang dek dipayungi dengan asap arang. Ayam Percik!!! Terngiur sejenak nafsu makan ketika itu. Kalau jalan lagi depan mesti ada juadah yang lagi hebat bagi melayan nafsu makan aku nanti.

Setelah hampir dua puluh minit berjalan tanpa sebarang perlakuan jual beli antara aku dan peniaga, kini aku tiba semula di titik tempat permulaan perjalanan aku di bazar tersebut. Dengan bersahaja, aku terus pulang ke rumah.

Capai periuk dan beras terus tanak nasi. Dua biji telur dipecah, di kacau pula dengan sambal dan dilengkapkan pula dengan campuran nasi yang sudah masak. (sambil nyanyi, "ikan di laut, asam didarat, dalam kuali bikin muafakat"..)

Waktu berbuka tiba, nasi goreng terus menerus di kunyah dengan rakus. Sedap juga nasi goreng aku ini. Boleh bukak kedai kat bazar Ramadhan ni.

P/s: Seronok juga aktiviti yang aku buat kat Bazar Ramadhan.

3 comments: