Saturday, May 24, 2014

Masjid Kota Iskandar Terkini

Dulu...

Kalian semua tersalah lihat 
atau 
Sengaja nak bagi orang kenal kau 
atau 
Memang nak cari salah orang
atau 
Tidak berniat sebegitu rupa

Sila bagi jawapan anda di ruang komen.


Sekarang...





Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke perut masjid...


P/s: Dalam masjid satu gambar sahaja. Banyak banyak nanti, ada je nanti komen yang bukan-bukan.


Wednesday, March 27, 2013

Merasai Kehidupan Seorang Bapa

Genap 8 tahun pemergian ayah menemui Ilahi....

Apabila merasai perit gerih memerah keringat, terkadang mengikat perut bagi menghantar adik-adik ke menara gading. Aku sedar, aku punya tanggungjawab.

Apabila menghantar sebahagian adik ke pengajian tinggi, perasaan gembira untuk adik dan perasaan sebak dikongsikan bersama ibu. Aku sedar, aku punya tanggungjawab.

Apabila ibu kekurangan tempat untuk mengadu di rumah, yang hanya sebuah telefon untuk melepaskan rindu di hati kepada anak yang disayangi. Aku sedar, aku punya tanggungjawab.

Apabila gaji masuk, teringat adik-adik yang yang memerlukan sumber kewangan dalam proses menempuh hidup yang dicaknakan oleh mereka sendiri. Aku sedar, aku punya tanggungjawab.

Apabila aku dijemput untuk menikmati makanan mewah, jauh dilubuk hati, "Apalah juadah yang dinikmati ibu dan adik-adik nun di sana..." Aku sedar, aku punya tanggungjawab.

Apabila Hari Konvokesyen adik-adik berlangsung, ku lihat air mata ibu bergelinangan sambil memerhati adik menerima segulung ijazah. Aku sedar, aku punya tanggungjawab untuk turut sama berkaca di mata.

P/S: Perit gerih ditempuh bersama ibu, senang kita dikongsi bersama keluarga.

Tuesday, February 12, 2013

Jangan Memandu Ketika Telefon

Seperti biasa, bila gaji masuk memang tangan gatal nak keluarkan duit. Tapi kali ini aku lebih bersahaja dalam menangani isu-isu tangan gatal keluarkan duit ini. Aku lebih tenang,kerana aku percaya setelah keluarkan duit, aku pasti jumlah yang tinggal pasti akan berkurangan.

Selesai keluarkan duit, aku pun terfikir, apa salahnya infakkan sedikit wang gaji ini untuk belanja kawan-kawan. Tangan mencapai telefon bimbit dan terus menghubungi kawan-kawan sambil berjalan menuju ke tempat letak kereta.

Tangan kanan memegang telefon sambil bercakap dengan kawan dan tangan kiri pula menekan alarm kereta . Setelah selesai menghubungi kawan, aku bukak pintu kereta. Pelik! Kereta berkunci sedangkan alarm sudah ditekan. Aku tekan sekali lagi, kedengaran bunyi alarm kereta lain pulak yang berbunyi.

Aku terus mengorak langkah ke arah kereta yang berbunyi alarm tadi.....

Harammmmmm!!!

Rupa-rupanya aku salah kereta tadi...kakakaka

P/s: Jangan memandu ketika sefang telefoon..hahaha

Wednesday, November 2, 2011

Pancing Bini

Bila sebut Padang Besar, pasti anak muda akan bernafsukan jersi-jersi EPL yang hebat untuk dipakai gah bila menyokong pasukan masing-masing....

Bila sebut Padang Besar, pasti persatuan bini-bini akan membeli toto narita untuk dibuat koleksi di rumah kediaman walaupun fungi utama toto adalah tilam semasa tidur...

Bila sebut Padang Besar, pasti kanak-kanak akan menjeling permainan traktor yang besar untuk dibawa pulang walaupun pembelian tersebut mesti dipersetujui melalui duit poket ayah...

Bila sebut Padang Besar, pasti SANG SUAMI akan membelikan cenderahati untuk si isteri walaupun si suami sudah kehabisan duit selepas sesi mengurut.

"Akak-akak, saya nak tanya sikit boleh? Saya nak beli barang untuk orang umah saya, tapi saya tak tau nak beli barang ape untuk dia. Boleh akak suggestkan barang apa yang sesuai tak?"....

"Haa...Senang je dik, adik belikan orang umah 'baju pancing bini' "....

Telopong Sang Suami...

"Ni ha, warna biasa warna krim. Tapi kat kedai akak ni ada warna biru dan hijau. warna pink pun tak ketinggalan...."

Sang Suami 1: "Akak saya nak warna pink"....

Sang Suami 2:"Dok, aku pun nak beli jugak la. Tapi ko ambik la warna lain, aku minat warna pink."...

Sang Suami 1:"Ko beli sama pun, bukannya ko dengan bini ko 1 rumah dengan aku samdol!"....

P/s: Rumah urut boleh la kongsi bilik, tapi orang umah mana ada kongsi bilik samdol..

Saturday, August 13, 2011

Batal Puasa Tak?

Sekitar puasa yang keberapa pun aku tak ingat, tapi yang pentingnya sepanjang bulan Ramadhan tersebut aku berjaya puasa penuh tanpa paksaan...

"Bang, tiket balik Kluang ada lagi ke tak?", soal aku kepada penjual tiket di Terminal Kuantan. "Ni last dik", jawabnya sambil menghulur tiket. Mengucap syukur aku pada Yang Maha Esa setelah apa yang dikurniakan Dia sebentar tadi. Maklumlah waktu nak balik raya bermacam-macam umat sibuk beli tiket nak balik raya. Yang aku peliknya kenapalah mereka semua tak beli kereta bila tiba waktu raya, sama juga fungsinya. Masih boleh pulang beraya. Hehehe.

"Dik-dik, tiket adik ni seatnya disini", tegur pemandu tersebut. Terbeliak biji mata aku melihat seat yang ditunjukkan oleh pemandu bas tersebut sebentar tadi. Sah! Aku kene game ngan penjual tiket. Seat aku co-pilot punya tempat. Oleh sebab aku malas nak bertekak dan memang aku tak pandai bertekak, aku melabuhkan punggung aku ke tempat duduk tersebut.

Sepanjang perjalanan aku memerhatikan sahaja gerak-geri pemandu bas.

Gerak- geri pertama yang aku kagum ialah mengeluarkan kepala di tingkap bas. Tak syak! Pemandu mengantuk. Jangan sampai mak aku sambut raya sambil buat kenduri arwah untuk aku pulak.

Gerak-geri kedua yang dilakukan betul-betul buat aku gelak. Diambil satu botol air mineral dan dibukakkan penutupnya sambil membeliakkan matanya. Lantas die menuang kesemua air tersebut ke dalam mata. Hahaha. Lepu!

Gerak-geri paling menarik ni membuatkan aku nak maki. Diambilnya sebotol air mineral, lalu diminumya.

Kan..Kan.. Kan senang kalu dari awal la kau minum je air dari tadi. Tau la bulan Ramadhan, tak payahla nak tunjukkan mukadimah ko yang ditunjukkan melalui gerak-geri tadi.

Terasa penat aku berpuasa ketika itu, padahal tengok gerak geri seorang pemandu bas yang banyak bunga-bunganya.

Friday, June 3, 2011

Kasih

Usai sembahyang maghrib, tergerak hati ingin menjenguk kucing yang lama ditinggalkan ekoran tempat kerja yang berjauhan.

Memancingnya dengan memberi makanan dengan harapan agar dapat aku belai badan kucing tersebut. Tetapi aku tersilap percaturan nampaknya, kucing tersebut seolah-olah mengajak aku membuka pintu rumah. Aku yang khilaf menurutkan sahaja pergerakan kucing tersebut.

Setelah pintu dibuka, kucing tersebut terus 'mengiaw' seolah-olah memanggil sesuatu. Kelihatan dari jauh si anak berlari menyahut panggilan si ibu kucing tersebut. Lantas keduanya terus mendapatkan makanan yang dihidangkan.

Baru aku mengarti kasih binatang terhadap anaknya.

Selesai bagi makan kucing...

Dengan gaya orang lama yang dahagakan berita semasa di televisyen, aku terus menekan siaran Buletin Utama. "Tajuk utama malam ini: Mayat bayi di campakkan ke bawah di sebuah pangsapuri...", kata Suhaimi (si pengacara berita).

Tanpa berlengah, aku tutup televisyen dan melayan kerenah kucing-kucing aku.

P/s: Baru aku mengarti kasih sorang ibu yang bernama manusia terhadap anaknya.