Saturday, July 24, 2010

Kejujuran Seorang Ibu

Setelah berada di Pahang selama seminggu, aku mengisi ruang cuti minggu ini dengan pulang ke kampung halaman. Hampir sebulan aku bergelumang dengan peluh sihat, kini aku rindukan pula kampung halaman.

Janji dengan diri sendiri hari Jumaat aku nak buat keje macam peleset, sebelum pukul 5 aku nak habiskan semua kerja-kerja. Hampir pukul 5, ternyata janji aku hanya meleset belaka. Senior aku meminta tolong menyelesaikan kerja-kerja beliau bagi persediaan untuk mengadakan bengkel esok hari. Hampir kesemua jari tangan aku dipaksa bekerja keras kerana semangat pulang ke kampung ketika itu meluap-luap bagai asap yang ingin melepaskan diri dari makanan yang hangat dimasak.

Tepat 6.30 petang selesai semua kerja-kerja aku. Beg, kunci kereta, telefon bimbit aku capai dengan segera dan seterusnya memecut terus ke kampung halaman. Setelah 1jam 10minit memandu, akhirnya sampai jua aku ke kampung halaman.

Kepulangan aku disambut baik oleh bonda kesayangan. Ucapan pertama yang keluar dari bonda tercinta, "Laa...Ingatkan Negro mana tadi. Gelap semacam je". Segar biji mata aku setelah mendengar kata-kata yang ikhlas dan jujur dari seorang ibu.

P/s: Mak aku memang TRUE!!

5 comments: