Wednesday, June 23, 2010

Nukilan Senyuman Yang Dimamah Hari

SPM 2004….

Paper add math tepat jam pukul 2. Sedang sibuk kawan-kawan mengulangkaji sebelum paper bermula, aku pulak sibuk dengan menjaga abah yang tiba-tiba pengsan. Tiada apa yang aku dapat fikirkan ketika aku sedang menjawab paper itu.
Ketika malam melabuhkan tirai, mak pesan kepada aku. “Along, lepas ini kita semua kene berjaga-jaga dan redha apa saja yang berlaku kat abah. Doktor cakap abah mengidap kanser pangkal hidung peringkat ketiga”. Terketar-ketar bibir aku sambil menahan takungan air mata yang hampir jatuh setelah mak memberitahu berita itu.


PLKN 2004…

Aku telah terpilih untuk ke kem PLKN. Hati berat untuk menyertai program PLKN, tapi apakan daya program tersebut wajib untuk remaja lepasan SPM. Sepanjang aku di kem PLKN, aku terpaksa pulang ke rumah sebanyak 2 kali bagi menjenguk abah yang tenat. Senyuman saja yang diberikan oleh abah kepada aku meskipun beliau sedang tenat. Ketika itu, hati aku terasa bagai remuk dek dicengkam perasaan yang kesian dan sedih melihat keadaan abah aku yang terlantar tenat.


April 2005…

Sepanjang aku menjaga abah, ada satu perkara pelik yang dilakukan oleh abah aku. Abah membeli tuala mandi yang banyak sedangkan tuala yang sedia ada sudah mencukupi. Ape jua permintaan abah pada ketika itu, aku cuba tunaikan meskipun tidak sempurna apa yang abah harapkan. Mak cakap kita kena sabar kalau jaga orang sakit ni, silap-silap dosa kita pula yang bertambah ketika jaga orang sakit ni.


17.5.2005

Selepas Asar, ketika waktu inilah permergian arwah abah. Hitam pandangan, remuk hati, bagaikan batu yang besar berada di atas kepala ini setelah abah menghembuskan nafas terakhir. Dari urusan mandi,kafan dan sembahyang arwah abah, aku cuba libatkan diri meskipun tidak sepandai mana. Pada saat memandikan arwah abah, hati aku begitu tersentuh apabila tuala mandi yang dibeli arwah abah adalah tuala yang digunakan semasa urusan mandi jenazah. Terkedu aku tatkala mulut aku terketar-ketar menahan takungan air mata jatuh menyembah bumi ketika saat itu berlaku. Yang paling manis, aku dapat mengimamkan sembahyang jenazah untuk arwah abah. Itulah amal yang mampu aku lakukan pada ketika itu.


20.6.2010

Mengingat kembali setiap ukiran senyuman arwah abah dan Ayat-ayat Yasin serta surah Al-Fatihah sahaja yang mulut aku mampu luahkan untuk arwah abah sempena HARI BAPA pada kali ini.

P/s: Selamat Hari Bapa !!

3 comments:

  1. tkot utk melepasi saat genting ini...:(

    ReplyDelete
  2. teruskan menulis.moge mmberi sedikit ingatan kpd yg len..

    ReplyDelete
  3. innalilah..
    sume akan hadapi kan
    same goes to me 3years ago
    org tenangkan but kita sendiri taw hati kite xla sekuat mana..ada masa2 perit bile teringat blek
    btw, life must go on
    u have did,i am still looking for it~
    nice blog..hope keep updating

    ReplyDelete