Saturday, May 8, 2010

Bingkisan Kampung Halaman

Kepulangan aku ke kampung halaman yang bermula 6 hb sehingga 9 hb, digunakan sebaik mungkin oleh aku. Tujuan utama aku pulang ke negeri Darul Takzim:-

i) Kenduri arwah bapa kesayangan
ii) Melawat pakcik yang tenat
iii) Rindukan masakan mak
iv) Futsal

Tujuan pertama:-
17 hb ni genaplah 5 tahun pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah akibat sakit kanser. Bagi mengingati pemergian ayanhanda tercinta, 1 Majlis Yasin dan Tahlil yang berlangsung pada 7hb lalu berjaya dilaksanakan secara sederhana oleh keluarga aku dimulai dengan kehadiran para jemaah masjid, jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. Seterusnya, bacaan Yasin dan Tahlil berkumandang di teratak indahku ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan terima kasih dari Encik Zulhilmy kepada para jemaah dan disudahi klimaks iaitu jamuan ringkas..

Tujuan kedua:-
Abdul Rahman Hj Hashim merupakan orang yang paling banyak mengajar aku tentang alam keduniaan dan akhirat. Pada umur 4 dan 5 tahun aku dihantar belajar bersama beliau oleh orang tua ku bagi memepelajari ilmu dunia dan akhirat. Bulan 4 yang lalu bermulanya titik hitam beliau kerana disahkan koma oleh doktor akibat paru-paru dan jantung gagal berfungsi. Setelah aku menziarahi beliau selama 30 minit,doktor mengesahkan beliau meninggal dunia 6 hb tepat jam 11.15 malam. Memang rezeki aku dapat berjumpa dengan beliau sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini untuk menghadap ke alam kubur..

Tujuan ketiga:-
Ikan mayung masak asam pedas, itulah masakan yang akan dimasak oleh bonda tercinta jika aku berada di rumah. Sehinga ke hari ini, deria lidah aku masih lagi terasa akan asam pedas ikan mayung itu. Itu bukan bermakna aku tak gosok gigi. Pergh!!! Tak terhingga rasanya. Lagi sekali, pergh!! Dan lagi, pergh!!!..

Tujuan Terakhir:-
Pagi tadi aku dapat pesanan ringkas dari kawan aku yang menaip macam ini, "zul, ada game ftsl skank kt stdium. Cepat! Aku yang sibuk mengemas rumah terpaksa meninggalkan kerja tersebut disebabkan futsal punya hal. Maklumlah, sudah sekian lama aku tidak bermain futsal bersama teman-teman lama. Main punya main, kumpulan aku dinobatkan johan dalam pertandingan tersebut. Aku pulang ke rumah dengan disambut muka bengang mak aku. Aku sedar, silap aku tak siapkan kerja-kerja yang aku buat sebelum bermain futsal. Setelah aka rasa bersalah, aku memujuk mak aku dengan membawanya berjalan-jalan di seluruh daerahku walaupun tak besar mana. Baru aku sedar, bahawa yang ibuku ini memerlukan teman rapat dan sokongan yang kuat dari anakandanya..

2 comments: