Saturday, August 28, 2010

Apa Ada di Bazar


Hari-hari di bulan Ramadhan diteruskan lagi bagaikan hari-hari mendatang yang biasa. Selepas kerja, tekan pedal minyak terus ke bazar Ramadhan bagi mencari sedikit juadah berbuka.

Setelah tiba, pandangan pertama terus tertumpu kepada cempedak goreng. "Kalau jadi pencuci mulut sedap ni"...bisik hati penuh nafsu. Perjalanan diteruskan lagi dengan mata terpaku dengan keramaian orang dek dipayungi dengan asap arang. Ayam Percik!!! Terngiur sejenak nafsu makan ketika itu. Kalau jalan lagi depan mesti ada juadah yang lagi hebat bagi melayan nafsu makan aku nanti.

Setelah hampir dua puluh minit berjalan tanpa sebarang perlakuan jual beli antara aku dan peniaga, kini aku tiba semula di titik tempat permulaan perjalanan aku di bazar tersebut. Dengan bersahaja, aku terus pulang ke rumah.

Capai periuk dan beras terus tanak nasi. Dua biji telur dipecah, di kacau pula dengan sambal dan dilengkapkan pula dengan campuran nasi yang sudah masak. (sambil nyanyi, "ikan di laut, asam didarat, dalam kuali bikin muafakat"..)

Waktu berbuka tiba, nasi goreng terus menerus di kunyah dengan rakus. Sedap juga nasi goreng aku ini. Boleh bukak kedai kat bazar Ramadhan ni.

P/s: Seronok juga aktiviti yang aku buat kat Bazar Ramadhan.

Tuesday, August 24, 2010

Tunggu Penghujungnya


Setelah dua minggu berlangsungnya EPL, para penyokong setiap pasukan sudah ada aktiviti pada setiap malam hujung minggu. Mungkin gejala rempit akan berkurangan sepanjang EPL berlangsung dan secara tidak langsung kedai-kedai makan akan mengalami indeks keuntungan yang melampau dari BSKL.

Setelah dua perlawanan, ada tanda-tanda keyakinan sudah terpancar pada pasukan yang memperoleh kemenangan dan sebaliknya pada yang kalah. Bermacam-macam alasan yang telah diberikan oleh pengurus, pemain dan penyokong setiap pasukan yang kalah.

Baru-baru ini Pengurus The Reds , si Roy Hodgson awal-awal telah mengeluarkan kenyataan yang beliau memerlukan masa untuk membentuk pasukan Liverpool. Itu alasan untuk pasukan mereka.

Bagi The Red Devils pula, seperti biasa Pak Alex akan terus mendominasi pengadil-pengadil yang mengadili pasukan mereka. Jika pasukan si Pak Alex ni menerima kekalahan, seperti biasa beliau dengan muka merah padamnya akan terus tidak bersetuju dengan cara pengadilan yang dijalankan oleh pengadil yang gagal didominasi oleh Pak Alex.

Kite beralih arah pula dengan pasukan The Gunners. Seperti biasa, pakcik Arsene akan terus mengerah pemain-pemain muda. Kalau menang, kredit yang tinggi diberikan kepada pemain mudanya. Apabila kalah, dengan mudah sahaja tutur bicara dengan alasan pemain masih muda dan kurang pengalaman. Entah bile pamain-pemain pakcik Arsene nak banyak pengalaman.

Pasukan The Blues yang dijangka akan menjuarai liga pada tahun ini, menerusi cakap-cakap belakang telah memulakan saingan dengan langkah kanan. Tetapi setiap penghujung musim pemain-pemain pasukan ini sering kali dikaitkan dengan skandal-skandal seks dan kawan makan kawan. Sekali gus persembahan yang bermula langkah kanan akan menjadi lebih menarik pada penghujung saingan.

Aku sebagai penyokong setia Harimau Muda akan terus menyokong dengan setia dan berharap pasukan Harimau Muda tidak kena bohong dari mana-mana pihak.

P/s: Bila la Johor boleh juarai Liga Super....

Sunday, August 15, 2010

Pintu Rezeki

Bagi golongan Islam, bulan Ramadhan merupakan bulan mencari rezeki tambahan. Cara yang paling mudah untuk mencari rezeki tambahan ialah dengan berniaga. Tidak kiralah berniaga makanan, minuman, kuih raya, kelengkapan raya sehinggalah kepada menjual mercun.

K, habis part berniaga.

Bulan Ramadhan pada kali ini, satu kejadian yang jarang berlaku di masjid-masjid negara ini mahupun surau-surau. Salah satu masjid (tidak perlu didetailkan masjid mana) telah kehilangan kipas hasil dari kerja pencuri-pencuri yang kononnya menyahut slogan ' Bulan Ramadhan itu bulan rezeki '. Si pencuri-pencuri telah menyapu bersih semua kipas-kipas jenis (stand fan) di masjid tersebut.

Kesudahannya, masjid yang menjadi mangsa kekejaman ala-ala zionis itu membeli kipas baru jenis (wall fan) dan seterusnya membuat majlis sembahyang hajat memohon pertolongan dari yang Maha Esa.

P/s: Wahai Si Pencuri! Jual mercun pun bole buat duit la beb..

Thursday, August 12, 2010

Pot Pet Pot Pet


Untuk berkumpul dan berjumpa sanak saudara, bukan suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau mempunyai keluarga yang besar. Itulah yang sering aku rasakan di keluarga sebelah ibuku. Atuk aku mempunyai 10 orang anak dan mempunyai 40 lebih cucunya. Punya la riuh kalau sekali berkumpul. Selain Hari Raya, kami juga akan berkumpul ketika 1 Ramadhan setiap tahun.

Atuk aku sering berpesan pada cucu-cucunya, "Kalau bulan Ramadhan segala perbuatan kena jaga, barulah bertambah berkat puasa kite nanti...".


Waktu yang paling aku suka bila dah kumpul ramai-ramai ni bila waktu hendak berbuka. Sepupu-sepupu yang sebaya, masing-masing bising hendak memilih makanan yang mana hendak didahulukan ke dalam mulut.

Apabila azan mula berkumandang, senyap sepi sahaja. Tiada kebisingan kedengaran lagi. Satu suara mencelah, "Korang ni, macam ayam nak dapat makanan. Bila dah dapat makan, senyap semua..." terkebil-kebil cucu-cucunya yang endah tak endah akan luahan rasa atuknya itu. Masing-masing sibuk dengan makanan di tangan dan mulut.


P/s: Aku rindu suasana ini..hehe



Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Setelah dikurnia nikmat yang begitu besar iaitu masih bernafas sehingga sekarang dari Yang Maha Esa, kita ditambah pula dengan dikurniakan pula dengan bulan Ramadhan yang penuh diberkati. Di mana semua manusia yang menyedari hakikat kebesaran bulan Ramadhan berlumba-lumba melakukan amal jariah dan yang tidak menyedari pula berlumba-lumba sorok belakang kedai makan cina untuk menikmati juadah yang lazat.

Azam bulan Ramadhan pada kali ini, sentiasa cergas walaupun berpuasa dengan ucapan:-


dan jangan lupa baca ini:-




P/s: Tak sabar nak tunggu raya pulak..kakaka


Wednesday, August 4, 2010

Ternyata Aku Kalah!!

"Esok hari aku nak puasa sunat"....tiba-tiba sahaja terdetik dalam hati. Bila sudah terdetik kenalah sempurnakan. Baru hidup lebih bererti dan bermakna.


Dugaan Pertama


Sampai saja di pejabat, "Dik, jemput makan...", sapa akak senior mempelawa aku makan sambil menyuapkan nasi dagang ke dalam mulut beliau.

Dugaan Kedua

Selepas aku berjaya menepis dugaan pertama, "Zul, jom minum kat Lubok..."pelawa pulak kawan sekerja aku yang lain. Aku menjawab dengan sopan dan bersahaja, "Takpe der, g ar dulu.Nanti aku sampai..". Setelah 30 minit, aku masih tidak terpedaya dengan dugaan kedua ini. Aku masih selamat.

Dugaan Terakhir

"Dik, meh makan ngan akak. Ada kambing kuzi, ayam panggang, ngan nasi minyak ni. Ada lebih masa meeting tadi...", pelawa CC ofis aku. Tanpa berlengah aku capai pinggan dan menyiat kambing dan seterusnya memasukkan dalam mulut. Setelah 3 kali kunyah, aku sedar aku TEWAS.

P/s:Nasib baik penduga-penduga tidak tahu, aku berniat puasa sunat ketika itu.

Monday, July 26, 2010

Pagi Yang Syahdu

"Zul, ada chance kite balik 2 atau 3 pagi ni", celah pegawai aku tatkala mencelah bunyi keyboard yang ditekan jari-jemari aku. Senyum saja yang mampu aku balas dikala sibuk menyiapkan persembahan multimedia Majlis Anugerah Sukan UPM 2010.

3.30 pagi selesai semua kerja hakiki aku hasil dari perahan otak selama sebulan. Setelah kunci pintu ofis, bos aku pesan, "Bawak motor elok-elok. Dah penat ni, jangan tak masuk ofis pulak kul 7 nanti". Belum sempat aku nak balas pesanan itu, kedengaran enjin kereta bos aku tidak boleh hidup ibarat hidup segan, mati tak mahu. Setelah 10 minit mencuba, akhirnya bos aku putus asa. Terpaksa lah aku hantar bos aku ni pulang ke rumah. Namun ada satu masalah lain pula yang timbul iaitu helmet.

Cari punya cari, memang rezeki bos aku. Manusia mana yang tinggalkan helmet kat tandas. Dengan pantas dan gelojoh bos aku terus memakai helmet tersebut dan meminta aku menghantar beliau pulang.

Ketika menuju ke pintu pagar, rantai sebesar lengan telah menangkap pandangan aku yang letih ketika itu. Bukan setakat bos aku hampa dengan situasi tersebut, malah dengan aku sekali terjerat sama. Suka tak suka terpaksala aku tidur di ofis.

Dengan beralaskan lengan, aku lena dibuai mimpi. Sempat juga bos aku ucap selamat malam dan ditambah pesanan jangan mimpi basah kepada aku sebelum aku melelapkan mata.

P/s: Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku SESAMA kami semasa tidur di ofis

Saturday, July 24, 2010

Kejujuran Seorang Ibu

Setelah berada di Pahang selama seminggu, aku mengisi ruang cuti minggu ini dengan pulang ke kampung halaman. Hampir sebulan aku bergelumang dengan peluh sihat, kini aku rindukan pula kampung halaman.

Janji dengan diri sendiri hari Jumaat aku nak buat keje macam peleset, sebelum pukul 5 aku nak habiskan semua kerja-kerja. Hampir pukul 5, ternyata janji aku hanya meleset belaka. Senior aku meminta tolong menyelesaikan kerja-kerja beliau bagi persediaan untuk mengadakan bengkel esok hari. Hampir kesemua jari tangan aku dipaksa bekerja keras kerana semangat pulang ke kampung ketika itu meluap-luap bagai asap yang ingin melepaskan diri dari makanan yang hangat dimasak.

Tepat 6.30 petang selesai semua kerja-kerja aku. Beg, kunci kereta, telefon bimbit aku capai dengan segera dan seterusnya memecut terus ke kampung halaman. Setelah 1jam 10minit memandu, akhirnya sampai jua aku ke kampung halaman.

Kepulangan aku disambut baik oleh bonda kesayangan. Ucapan pertama yang keluar dari bonda tercinta, "Laa...Ingatkan Negro mana tadi. Gelap semacam je". Segar biji mata aku setelah mendengar kata-kata yang ikhlas dan jujur dari seorang ibu.

P/s: Mak aku memang TRUE!!

Monday, July 19, 2010

Main Kotor Nampak

Hampir seminggu aku berada di Kuantan bagi menyertai Sukan SUK Se-Malaysia yang bermula dari 16 sehingga 20 Julai 2010. Bermacam-macam juga perubahan pembangunan di Kuantan yang aku dapat lihat dari tahun 2005 hingga kepada tahun 2010 ini. Namun perubahan itu tidak disukai oleh beberapa penduduk Kuantan. "Kuantan ini banyak juga benda mengarut dah ada. Disko pun dah banyak", kata Adam (pakwe Nuol) kata kepada aku.
Aksi terakhir aku dalam Sukan SUK ini ialah menentang Kedah. Keputusannya Johor (2) vs Kedah (2). Keputusan itu sekaligus menempatkan pasukan Johor berada di kedudukan naib johan kumpulan. Pada perlawanan terakhir itu, satu situasi luar biasa telah berlaku kepada penjaga gol pasukan aku dimana dia melepaskan gol mudah kepada pasukan Kedah. Aksi penjaga gol itu telah memusnahkan impian pasukan aku yang ingin bergelar juara pada kejohanan kali ini.

Setelah habis perlawanan, satu post mortem telah dibuat. Rata-rata post mortem itu banyak mengatakan tentang aksi penjaga gol pasukan aku. "Sori la kawan-kawan. Last game tu, tangan aku menggigil tiba-tiba. Bukan aku takut. Lepas tu tangan aku ada lebam ni haa", kata penjaga gol aku. Masing-masing tercengang dengan kata-kata penjaga gol itu. Lantas seorang ustaz bersuara dari belakang, "Ada orang 'hantar' tu". Terus berderau dan menyirap darah aku mendengar kata-kata tersebut. Lantas aku terbayang-bayang pembangunan di Kuantan dan aku berbisik-bisik di dalam hati "Masih adakah manusia yang suka akan perbuatan syirik ini meskipun kita berada dalam dunia yang serba moden dengan dinaungi pembangunan pencakar langit.
Namun aku tetap berfikiran positif dengan menyatakan bahawa memang itu sahaja rezeki dan ketetapan Tuhan berikan kepada pasukan aku. Aku hanya mampu berdoa agar manusia yang 'menghantar' itu diberi kemaafan dan diberi Hidayah dari yang Maha Esa.
P/s: Kuantan dah ada EC Mall beb. Orang Kuantan panggil ECM.

Sunday, June 27, 2010

Ramai Orang Gila Judi


Jika lesen judi mudah diperolehi, ramai usahawan-usahawan bukan Islam mungkin akan melonjak gembira. Yang meramaikan tempat-tempat judi itu mestilah dikalangan orang Islam yang hendak cepat kaya. Walhal nak buat duit bukanlah susah, macam-macam cara ada pada zaman sekarang termasuklah cara ' On Facebook boleh dapat duit ' ( bukan berniat nak promote). Tugas aku mungkin boleh menjadi vendor bagi suasana muzik harmoni di tempat-tempat judi. Antara muzik harmoni yang bakal aku propose di tempat perjudian:-




P/s: Dari aku propose muzik harmoni baik aku bakar je tempat judi tu.


Wednesday, June 23, 2010

Nukilan Senyuman Yang Dimamah Hari

SPM 2004….

Paper add math tepat jam pukul 2. Sedang sibuk kawan-kawan mengulangkaji sebelum paper bermula, aku pulak sibuk dengan menjaga abah yang tiba-tiba pengsan. Tiada apa yang aku dapat fikirkan ketika aku sedang menjawab paper itu.
Ketika malam melabuhkan tirai, mak pesan kepada aku. “Along, lepas ini kita semua kene berjaga-jaga dan redha apa saja yang berlaku kat abah. Doktor cakap abah mengidap kanser pangkal hidung peringkat ketiga”. Terketar-ketar bibir aku sambil menahan takungan air mata yang hampir jatuh setelah mak memberitahu berita itu.


PLKN 2004…

Aku telah terpilih untuk ke kem PLKN. Hati berat untuk menyertai program PLKN, tapi apakan daya program tersebut wajib untuk remaja lepasan SPM. Sepanjang aku di kem PLKN, aku terpaksa pulang ke rumah sebanyak 2 kali bagi menjenguk abah yang tenat. Senyuman saja yang diberikan oleh abah kepada aku meskipun beliau sedang tenat. Ketika itu, hati aku terasa bagai remuk dek dicengkam perasaan yang kesian dan sedih melihat keadaan abah aku yang terlantar tenat.


April 2005…

Sepanjang aku menjaga abah, ada satu perkara pelik yang dilakukan oleh abah aku. Abah membeli tuala mandi yang banyak sedangkan tuala yang sedia ada sudah mencukupi. Ape jua permintaan abah pada ketika itu, aku cuba tunaikan meskipun tidak sempurna apa yang abah harapkan. Mak cakap kita kena sabar kalau jaga orang sakit ni, silap-silap dosa kita pula yang bertambah ketika jaga orang sakit ni.


17.5.2005

Selepas Asar, ketika waktu inilah permergian arwah abah. Hitam pandangan, remuk hati, bagaikan batu yang besar berada di atas kepala ini setelah abah menghembuskan nafas terakhir. Dari urusan mandi,kafan dan sembahyang arwah abah, aku cuba libatkan diri meskipun tidak sepandai mana. Pada saat memandikan arwah abah, hati aku begitu tersentuh apabila tuala mandi yang dibeli arwah abah adalah tuala yang digunakan semasa urusan mandi jenazah. Terkedu aku tatkala mulut aku terketar-ketar menahan takungan air mata jatuh menyembah bumi ketika saat itu berlaku. Yang paling manis, aku dapat mengimamkan sembahyang jenazah untuk arwah abah. Itulah amal yang mampu aku lakukan pada ketika itu.


20.6.2010

Mengingat kembali setiap ukiran senyuman arwah abah dan Ayat-ayat Yasin serta surah Al-Fatihah sahaja yang mulut aku mampu luahkan untuk arwah abah sempena HARI BAPA pada kali ini.

P/s: Selamat Hari Bapa !!

Saturday, June 19, 2010

Bila Tak Pandai Menari, Jangan Salahkan Lantai yang Tak Rata

Aksi-aksi pada perlawanan Piala Dunia 2010 teus hangat diperkatakan. Antara aksi yang menarik pada kejohanan ini ialah:-


dan ini...



Aksi ini telah mendapat perhatian yang serius dari orang kuat seperti di bawah:-



Mamat ini tidak memberi sebarang komen pada aksi-aksi menarik yang dipaparkan seperti di atas. Beliau lebih banyak memberi komen kepada barang baik seperti ini:-


P/s: Dapatkah kita menyaksikan aksi-aksi sebegini rupa pada perlawanan sebentar lagi.

Sunday, June 13, 2010

Soalan Untuk Pekerja Baru

Di saat pekerja baru untuk membiasakan diri di tempat dan suasana yang baru, pasti rakan-rakan sekerja akan menegur anda dan disertai dengan persoalan-persoalan lazim. Soalan-soalan lazim yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga pekerja baru di satu organisasi adalah seperti berikut:-

Soalan 1: Sebelum ini kerja mana?
Soalan 2: Dulu belajar mana?Ambik coz ape?
Soalan 3: Nak panggil ape kamu ni?
Soalan 4: Datang ofis naik ape?
Soalan 5: Ko dah ada awek belum?

Untuk soalan nombor 5, ada cadangan untuk jawapan bagi soalan tersebut. Bagi yang dah ada awek dan untuk menampakkan kejujuran, balas saja dengan senyuman tanpa kata-kata atau bilang saja sudah ada.

Bagi yang nak tambah-tambah awek atau memang tak ada, bilang saja si penanya dengan berkata saya tak ada lagi awek. Itu gaya yang sopan dan menunjukkan kejujuran. Mungkin jawapan itu kita boleh tokok tambah dengan berkata, "Saya tak ada awek lagi, duit pun tak banyak mana nak berawek ni".

Tapi untuk jawapan yang poyo lagi macho untuk soalan nombor 5 ni, bilang saja 'YSL'. Kalu si penanya tergaru-garu kepala dan buat muka pelik macam kene cuka, kamu sambung lagi, "Young.Single.Lonely".

P/s: Belum tentu buaya tu sudah puas dengan bilangan anak-anaknya.Kakaka

Saturday, June 12, 2010

Tekan 3, dan 3, dan 3 lagi

Jam di tangan menunjukkan tepak pukul 7 petang. Aku yang baru bekerja terpaksa la menunjukkan kesungguhan yang berlebihan. Walaupun kesungguhan aku tidak seperti kesungguhan pemain Mexico yang terpaksa mengikat Afrika Selatan dalam perlawanan Piala Dunia, namun aku terpaksa menyiapkan kerja hakiki ini.

Setelah masuk ke lif, aku dengan pantas terus menekan nombor 3. Namun perkara pelik berlaku. Pintu lif tidak mahu tutup sepertimana keadaan lif yang sihat walafiat. Aku meneruskan lagi usaha dengan menekan nombor 3, sekali lagi usaha aku gagal. Pintu lif hanya menutup separuh sahaja. Terdetik dalam sanubari ini, "Ya Allah, janganlah ko nk try aku pada waktu-waktu begini". Dan sekali lagi aku menekan nombor 3. Namun gagal.

Aku menenangkan diri aku sejenak. Dengan perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menepuk dahi aku. Memanglah pintu lif tak nak tutup, baru aku sedar sekarang aku berada di aras 3. Aku memandang-mandang ke atas lif takut-takut ada CCTV. Selamat! Kalu ada CCTV mesti Pak Guard dah gelakkan aku sampai tercirit.

P/s: Kalu dah habis waktu kerja, balik je....

Saturday, June 5, 2010

Berita Hairan (Edisi Selatan)




NUSAJAYA 1 Jun - Seorang budak yang berasal dari Kluang telah memulakan pekerjaan yang baru di Nusajaya dan dilaporkan telah sesat dalam perjuangannya pada hari pertama. Walaupun perjuangan beliau tidak setanding dengan perjuangan sukarelawan-sukarelawan misi Gaza, beliau telah mencuba melaporkan diri di tempat kerja yang baru iaitu di Nusajaya. Dengan berbekalkan sebantal roti Gardenia dan harapan dari kawan-kawan lamanya di Serdang, beliau selamat sampai di pejabat beliau mengikut waktu kerja kerajaan.
"Walaupun saya tak handal dalam jalan-jalan di Johor Bahru, tetapi saya mencuba sebaik mungkin untuk sampai ke tempat kerja baru. Walaupun setelah diberitahu oleh rakan sekerja bahawa jalan yang saya lalui adalah jalan yang jauh (seperti gambar di atas)", kata beliau.
Kegigihan beliau ini mungkin menjadi iktibar kepada anak-anak jati Johor yang berada di Kuala Lumpur untuk pulang ke Johor bagi menakbur bakti di tanah air tercinta.















Beliau juga sempat mengirimkan sebuah gambar yang menarik untuk tatapan para pembaca (seperti di atas) sebagai tanda terima kasih beliau kepada pemberita yang menghargai seloka hidupnya pada hari tersebut. Gambar ini ditangkap sewaktu beliau menghabiskan waktu petang setelah penat seharian bekerja. Pemandangan yang hanya terdapat di Nusajaya ini telah menarik minat pemberita untuk pergi ke tempat tersebut bagi mengamati keindahan seperti yang terterap pada gambar di sebelah.



cc: Caki dan Ijai(boleh dipertimbangkan)



Sunday, May 30, 2010

Manusia Yang Sukar Menerima Pembaharuan

Terima kasih kepada caki yang membuatkan aku rasa dihargai...

2 hari lagi aku akan memulakan hidup dengan menjawat jawatan di kerajaan negeri Johor. Setelah lima tahun aku hidup di negeri orang, kini aku kembali ke Johor. Meskipun amat sukar untuk pulang semula ke negeri sendiri, tetapi sedikit sebanyak akan menambahkan lagi penonton di stadium Johor sewaktu pasukan Johor beraksi di Liga Super.

Setelah pulang ke Johor, aku senaraikan kesukaran yang bakal aku hadapi:-

1. Lepas ni aku nak cari kedai makan macam Gravy Baby di Johor. (padahal baru pergi sekali)
2. Nak cari team futsal untuk aku pamerkan bakat yang ada.
3. Kene mencari kawan-kawan di Johor.
4. Kene memahami trafik kondisi di Johor.
5. Kena baca game di tempat kerja baru.
6. Kene menghafal jalan.
7. Kene mencari teman-teman wanita. (yg ni penting bg tujuan sumber inspirasi)
8. Kene mencari umah sewa yang sudah ada mesin basuh. (aku malas basuh baju pakai tangan)
9. Kena hafal semula lagu negeri Johor. (yang ini patutnya aku dah bole kene hukum tembak dah)

Jom sama-sama nyanyi...


Tuesday, May 25, 2010

Lelaki Nak Juga


Kantoi Whatever

Tuesday, May 11, 2010

Motosikal lagi bagus dari Bas dan Naza Ria

Tepat 3.30 petang, "Zul, jom minum"...sapa bos aku. "5 minit lagi kita gerak Malik,kita ajak ramai sikit"...balas aku.

Aku tau ajakan bos aku itu bukan ajakan biasa. Walaupun dia ajak minum, tapi aku tetap akan makan berat.

Selepas sedawa bau sirap limau dan nasi goreng ladna, aku tengok jam lagi. Tepat 4.30, setengah jam lagi nak balik.

Sampai di pejabat, bos 'beso' melihat saja gelagat anak buahnya yang suka curi tulang.

"Nasib baik ko tak bawa bas, ko bawa Naza Ria je. Kalau tidak, habis kosong pejabat kita ni ko bawak keluar"...perli bos 'beso' aku kat Malik. Sengih saja Malik.

Nasib baik aku pakai motosikal je, tak adalah aku buat jahat macam bos aku...HEHE

Saturday, May 8, 2010

Bingkisan Kampung Halaman

Kepulangan aku ke kampung halaman yang bermula 6 hb sehingga 9 hb, digunakan sebaik mungkin oleh aku. Tujuan utama aku pulang ke negeri Darul Takzim:-

i) Kenduri arwah bapa kesayangan
ii) Melawat pakcik yang tenat
iii) Rindukan masakan mak
iv) Futsal

Tujuan pertama:-
17 hb ni genaplah 5 tahun pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah akibat sakit kanser. Bagi mengingati pemergian ayanhanda tercinta, 1 Majlis Yasin dan Tahlil yang berlangsung pada 7hb lalu berjaya dilaksanakan secara sederhana oleh keluarga aku dimulai dengan kehadiran para jemaah masjid, jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. Seterusnya, bacaan Yasin dan Tahlil berkumandang di teratak indahku ini. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan terima kasih dari Encik Zulhilmy kepada para jemaah dan disudahi klimaks iaitu jamuan ringkas..

Tujuan kedua:-
Abdul Rahman Hj Hashim merupakan orang yang paling banyak mengajar aku tentang alam keduniaan dan akhirat. Pada umur 4 dan 5 tahun aku dihantar belajar bersama beliau oleh orang tua ku bagi memepelajari ilmu dunia dan akhirat. Bulan 4 yang lalu bermulanya titik hitam beliau kerana disahkan koma oleh doktor akibat paru-paru dan jantung gagal berfungsi. Setelah aku menziarahi beliau selama 30 minit,doktor mengesahkan beliau meninggal dunia 6 hb tepat jam 11.15 malam. Memang rezeki aku dapat berjumpa dengan beliau sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini untuk menghadap ke alam kubur..

Tujuan ketiga:-
Ikan mayung masak asam pedas, itulah masakan yang akan dimasak oleh bonda tercinta jika aku berada di rumah. Sehinga ke hari ini, deria lidah aku masih lagi terasa akan asam pedas ikan mayung itu. Itu bukan bermakna aku tak gosok gigi. Pergh!!! Tak terhingga rasanya. Lagi sekali, pergh!! Dan lagi, pergh!!!..

Tujuan Terakhir:-
Pagi tadi aku dapat pesanan ringkas dari kawan aku yang menaip macam ini, "zul, ada game ftsl skank kt stdium. Cepat! Aku yang sibuk mengemas rumah terpaksa meninggalkan kerja tersebut disebabkan futsal punya hal. Maklumlah, sudah sekian lama aku tidak bermain futsal bersama teman-teman lama. Main punya main, kumpulan aku dinobatkan johan dalam pertandingan tersebut. Aku pulang ke rumah dengan disambut muka bengang mak aku. Aku sedar, silap aku tak siapkan kerja-kerja yang aku buat sebelum bermain futsal. Setelah aka rasa bersalah, aku memujuk mak aku dengan membawanya berjalan-jalan di seluruh daerahku walaupun tak besar mana. Baru aku sedar, bahawa yang ibuku ini memerlukan teman rapat dan sokongan yang kuat dari anakandanya..

Tuesday, April 13, 2010

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut

Mengisahkan situasi Si Penyu bersama bapaknya..

Si Penyu meneruskan pengembaraan sambil korek gigi dan mengembalikan tangan itu ke hidung (sambil hidu). Bapanya menegur akan perbuatan kejinya itu, tapi die membalasnya dengan berkata "Ada aku Kesah??"...Gelengan kepala sahaja yang bapaknya mampu buat.

Si Penyu berhenti rehat sambil menguyah coklat dimulut. Sambil berehat, dia mengangkat punggungnya separuh lalu melepaskan angin. SSssst..(lebih kurang begitu bunyinya).."Ko ni, tak reti2 bahasa ke. Jagalah la sikit adab tu", bilang bapaknya. Lantas anaknya naik angin dengan teguran bapaknya itu.

Si Penyu turun dari kenderaan bapanya dan bertanya, "Ape yang bapak cari?" Diam saja bapaknya membalas pertanyaan Si Penyu. Pada ketika itu kereta bapak Si Penyu pancit. Sedang memasang semula tayar simpanan, si bapak telah kehilangan skru tayarnya. Si Penyu dengan selamba membuka satu skru di setiap tayar kereta. Seterusnya Si Penyu memasang skru tersebut di tayar yang kehilangan skru. "Bijak tak saya ayah??", bilang Si Penyu kepada bapaknya.

Si Penyu tiba di Hospital Tg. Rambutan dan terus mendaftarkan diri sebagai penghuni baru. "Weh, asal ko masuk sini?",sapa kawan biliknya. Bapak aku bilang aku giler sebab kat umah aku ada lipas yang kehilangan kaki satu. Ketika itu bapak aku melihat saja keadaan lipas yang tidak mampu bergerak itu. Bapak aku menggelakkan sahaja keadaan lipas itu dan berkata "Padan muka ko lipas dah tak bole jalan". Bengang dengan tindakan bapak aku itu, aku menyentuh badan lipas itu. Lipas itu dapat berjalan, tetapi dalam keadaan yang menggelupar. Aku terus menulis teori itu ke atas kertas, dan membuat edaran di surau-surau dan orang ramai. Itulah sebab aku masuk sini. Terlopong saja kawan Si Penyu itu mendengar akan ceritan Si Penyu itu.