Thursday, November 18, 2010

Timbang Lembu

"Abang, nanti tanya orang masjid, berapa berat lembu kita tu..."pinta bondaku. "Ok", jawab ku ringkas.

Beberapa saat kemudian, timbul soalan berlegar-legar dalam kepala. 'Macam mana nak kira berat lembu? Ada penimbang ke nak timbang lembu tu?...

Semakin gusar dalam hati, takut-takut permintaan bonda tidak dapat ditunaikan.

Ketika di masjid, "Pakcik, berapa yek berat lembu saya ni?"..tanya aku. Jawabnya, "Ok", nanti pakcik beritahu"...Lega hati setelah mendengar jawapan tersebut.

Tiba-tiba hati berdegup kencang setelah melihat lembu tersebut bersiap untuk disembelih. Bila masa pula pakcik tadi timbang lembu aku? Ini dah nak sembelih, tak terjawab permintaan bondaku nanti.

"Pakcik!Pakcik! Dah timbang belum lembu ni? Ni dah nak sembelih dah ni...", tanya aku. "Kamu ni, jantung lembu tu nanti kita timbang. So, kita boleh agak berapa berat lembu ni. Dah-dah, jangan banyak tanya. Ni ambik tali ini,tarik kuat-kuat lembu ni", jawabnya padat.

Banyak lagi benda tersurat dan tersirat kat dunia ni.

Formula Berat Lembu
1.6 kg berat jantung lembu = 160 kg berat lembu


Wednesday, November 10, 2010

Awek Plaza Tol

Sisiran rambut cemerlang, tali leher diikat kemas dan baju tanpa sebarang kedutan. Sambil melihat cermin dan terus berniat, azam hari ini dapatkan sekurang-kurangnya seorang awek bagi mengisi ruang hati yang kekosongan selain mencari rezeki yang halal.

Setibanya di plaza tol, nama yang tertera di kaunter tol memang seorang awek. Tanpa berlengah, tangan menghulur duit dan senyuman tertera dari wajah aku ke atas awek tol tersebut.

"Hai", sapa aku.

Clutch kereta ditekan, gear dimasukkan. Tanda ingin meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba, suara awek tol teriak, "Cik-cik, ini resit tol semalam. Bukan duit."

Perlahan-lahan tangan menyeluk poket, dan terus menghulurkan duit tol kepada casher (tadi awek, sekarang dah kene panggil casher) . Senyuman yang tertera tadi sedikit demi sedikit telah kusam.


Tragedi menyebabkan kesan yang mendalam ke atas jiwa ini. Antaranya aku terpaksa bawa motosikal pergi ke tempat kerja selama sebulan.

Azam pada hari tersebut pun sudah bertukar secara tiba-tiba.

Wednesday, October 6, 2010

Pandangan Hidup,Belaian Hidup

Halim : Zul, umur ko berapa?
Zul : 23 der.

Halim : Owh, muda lagi. Umur macam ko ni dalam kategori pandangan hidup.
Zul : *garu kepala

Halim : Pandangan hidup ni, bila ko pandang baru hidup. Umur macam ko belum lagi masuk belaian hidup, dah belai-belai baru nak hidup.
Zul : *tersengih-sengih sambil garu hidung yang mancung.

P/s : Ilmu dunia

Monday, September 27, 2010

Tahniah!!


Tahniah kepada pemilik Manchester City di atas sumbangan anda sehingga menjadikan saingan English Premiere League semakin menarik walaupun pasukan-pasukan yang dikatakan hebat oleh peminat-peminat fanatik gagal melakarkan sebarang kemenangan. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pemilik City!!!....(sila rujuk gambar di bawah)


(gambar di atas hanyalah lakaran semata-mata)

P/s : Ni ke pemilik Manchester City?...hahaha

Monday, September 20, 2010

Abang Senior Hebat !!

Aku redha dengan apa yang akan berlaku sekejap lagi, baru sebentar abang senior menjerit dan menyuruh aku naik ke bilik beliau.

Sepanjang meniti tangga untuk sampai ke bilik abang senior, bermacam-macam perkara yang berlegar-legar di kepala. Kene tumbuk, kene terajang, dah tak dapat jumpe mak lagi lepas ni, sume perkara ini bermain-main di kepala.

Sampai sahaja ke bilik bernombor (tidak boleh dinyatakan atas sebab keselamatan) , senior pertama tegur aku, "Ko yang pakai kasut color oren tadi kan?".."Iye bang", jawab aku dengan skema. Senior pertama gelak saja dengan jawapan aku tadi. Senior pertama meminta aku tulis nama penuh dan IC serta nombor kelas di atas secarik kertas.

Sambil menulis, aku memerhatikan keadaan sekeliling, takut-takut kalau ada senior lain yang main pukul curi terhadap aku. Sambil perhati keadaan sekeliling, mata aku terpaku terhadap senior yang berbetis besar. Beliau tidak mempedulikan kehadiran aku. Dia sedang berbaring sambil menonton cerita Naruto. Comel juga gaya menonton beliau.

Selesai menulis nama, terdengar suara dari belakang, "wei, ko asal mana"(dalam loghat jawa)..."Kluang, Johor", jawab aku bangga. Tergelak besar beliau mendengar jawapan aku. "Aku Batu Pahat",.. sambung beliau lagi. Aku cuba senyum ikhlas melihat reaksi beliau.

Setelah selesai tulis nama, aku bergegas pulang ke bilik. Keluar sahaja bilik abang senior, entah mana pula datang lagi seorang abang senior berwajah hitam manis hampir bertembung aku. Ketat sahaja muka beliau. Aku senyum sambil cuba mendapatkan respons yang positif dari beliau. Ternyata tepat jangkaan aku, senyuman kucing dibalasnya.

Lega aku ketika pulang semula ke bilik aku tanpa tragis lebam-lebam ada di badan aku.

P/s: Senior ni semua 1 gang ngan futsal aku. Nama team kami cukup famous. Team Sayur!!!

Tuesday, September 14, 2010

Soalan Hari Raya


Bila tiba hari raya, semua sepupu sepapat balik berkumpul untuk meraikan hari raya bersama. Benda yang paling aku tunggu bila dah kumpul ramai-ramai ni, soalan-soalan cepumas yang bakal diasak oleh sepupu-sepupu aku. Soalan kebiasaan adalah seperti berikut:-

1. Bila sampai?
Dalam hati aku : Hendak je aku jawab, cuba tanya mak aku pulak.

2. Puasa cukup tak? (sambil melawak)
Dalam hati aku : Aku ambik serius soalan-soalan macam ni.

3. Kerja mana sekarang? (pakcik makcik tanya)
Dalam hati aku : Melepaslah aku dapat duit raya dari mereka semua.

4. Abang dah kerja? (soalan anak sepupu)
Dalam hati aku : Mendalam sungguh maksud soalan ini.

P/s: Perlahan-lahan aku hulur duit raya lepas dengar soalan keempat

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Kuih Raya Hanjing

Seperti biasa bulan Ramadhan adalah waktu yang ditunggu. Pekerjaan tetap aku pada bulan tersebut ialah Runner bagi mengedarkan kuih raya kepada pembeli-pembeli. Tugas yang amat mencabar lagi teruji untuk anak tekak dan perut aku ini aku pikul dengan sehabis jujur. 'Tiada curi-curi makan dan hantar awal,balik awal' merupakan kata-kata semangat untuk aku ketika bertugas.

Sedang mencari-cari rumah pembeli kuih, aku memperlahankn motosikal jenis EX5 bagi memudahkan mata aku melihat nombor rumah. Setelah 10 minit mencari rumah pembeli kuih, mata terpana sebentar dengan kesungguhan anjing mengejar sesuatu. Semakin lama, semakin dekat dengan aku.

Rupa-rupanya, aku yang dikejar anjing tersebut. Menggelupar aku mengelak dari salakan anjing tersebut. Tapi malang nasib tak berapa nak baik, aku jatuh ke tanah jua akhirnya bersama dengan kuih-kuih yang aku bawak. Bergolek-golek kuih menyembah bumi. Hiba rasa, sayu, rugi, geram pada ketika itu. Dan yang paling penting perasaan aku ketika itu MALU GILER. Ramai juga yang tengok kejadian tersebut.


P/s: Hanjing tersebut dengan selamba berlari masuk ke rumah tuannya setelah aku jatuh.

Monday, September 6, 2010

Fenomena Raya


Setelah aku dikurniakan kehidupan sehingga berumur 23 tahun, aku sedari beberapa tabiat yang akan berlaku apabila hari raya hampir tiba.

Umat Islam akan berlumba-lumba mencari keperluan raya. Manakala peniaga-peniaga pula akan menggunakan pelbagai strategik untuk perniagaan mereka bagi meracuni fikiran dan nafsu pelanggan.

Fenomena-fenomena yang sering berlaku apabila tiba pada hari raya:-

1. Keperluan rumah: Langsir baru, cat baru, dekorasi baru, alat elektrik baru dll.
2. Keperluan pakaian: Baju baru, songkok baru, kasut baru dan dll.
3. Keperluan diri: Rambut baru, pergi facial, buat kuku, buat gigi palsu dll.

dan yang terakhir ini aku rasa musykil sikit, sebab fenomena ini cuba melibatkan diri dalam persiapan hari raya iaitu:

4. Keperluan kenderaan: tukar warna cat, tukat spot rim, tukar tinted, tukar ekzos dll.

P/s: Kepada pemilik kereta yang mengecat kereta, tetapi kereta tidak sempat siap sebelum raya, sila naik bas pulang ke kampung. Tiket masih banyak.

Friday, September 3, 2010

Semangat Merdeka Yang Membara


Aku dapat surat. Surat bertajuk 'PERBARISAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53 PERINGKAT DAERAH JOHOR'. Persepsi pertama, semestinya memikirkan tilam dan bantal sewaktu tarikh perbarisan berlangsung.

Tanpa banyak songel dan demi negara aku terus menyahut seruan kerajaan ini. Aku teruskan bacaan aku terhadap surat tersebut. Terbeliak biji mata aku melihat masa yang ditetapkan, tepat pukul 7,oo pagi. Yeah!!

Ketika sedang mencari parking sewaktu acara perbarisan berlangsung, kereta depan yang dipandu oleh seorang wanita mengundurkan kereta beliau ke belakang. Semakin lama, semakin dekat kereta beliau dengan kereta aku. Tangkas dan cekap tangan aku menekan hon, tetapi lagi tangkas wanita itu mengundurkan kereta. BAMMMM!!!

Hendak dimarah sudah pun terjadi. Demi negara dan semangat kemerdekaan, aku berbaris jua bagi meneruskan usaha aku untuk melaungkan perkataan 'MERDEKA!!' di tempat perbarisan.

P/s: Sebab utama tak marah, pemandunya kaum Hawa.Hahahaha

Wednesday, September 1, 2010

Masih Belum Terlambat

Peace!! No War!! Dun Kelahi-Kelahi. Bersama kita laungkan....


P/s: Sori lambat ucap selamat. Penulis cari songkok dan kacamata lama sangat.

Saturday, August 28, 2010

Apa Ada di Bazar


Hari-hari di bulan Ramadhan diteruskan lagi bagaikan hari-hari mendatang yang biasa. Selepas kerja, tekan pedal minyak terus ke bazar Ramadhan bagi mencari sedikit juadah berbuka.

Setelah tiba, pandangan pertama terus tertumpu kepada cempedak goreng. "Kalau jadi pencuci mulut sedap ni"...bisik hati penuh nafsu. Perjalanan diteruskan lagi dengan mata terpaku dengan keramaian orang dek dipayungi dengan asap arang. Ayam Percik!!! Terngiur sejenak nafsu makan ketika itu. Kalau jalan lagi depan mesti ada juadah yang lagi hebat bagi melayan nafsu makan aku nanti.

Setelah hampir dua puluh minit berjalan tanpa sebarang perlakuan jual beli antara aku dan peniaga, kini aku tiba semula di titik tempat permulaan perjalanan aku di bazar tersebut. Dengan bersahaja, aku terus pulang ke rumah.

Capai periuk dan beras terus tanak nasi. Dua biji telur dipecah, di kacau pula dengan sambal dan dilengkapkan pula dengan campuran nasi yang sudah masak. (sambil nyanyi, "ikan di laut, asam didarat, dalam kuali bikin muafakat"..)

Waktu berbuka tiba, nasi goreng terus menerus di kunyah dengan rakus. Sedap juga nasi goreng aku ini. Boleh bukak kedai kat bazar Ramadhan ni.

P/s: Seronok juga aktiviti yang aku buat kat Bazar Ramadhan.

Tuesday, August 24, 2010

Tunggu Penghujungnya


Setelah dua minggu berlangsungnya EPL, para penyokong setiap pasukan sudah ada aktiviti pada setiap malam hujung minggu. Mungkin gejala rempit akan berkurangan sepanjang EPL berlangsung dan secara tidak langsung kedai-kedai makan akan mengalami indeks keuntungan yang melampau dari BSKL.

Setelah dua perlawanan, ada tanda-tanda keyakinan sudah terpancar pada pasukan yang memperoleh kemenangan dan sebaliknya pada yang kalah. Bermacam-macam alasan yang telah diberikan oleh pengurus, pemain dan penyokong setiap pasukan yang kalah.

Baru-baru ini Pengurus The Reds , si Roy Hodgson awal-awal telah mengeluarkan kenyataan yang beliau memerlukan masa untuk membentuk pasukan Liverpool. Itu alasan untuk pasukan mereka.

Bagi The Red Devils pula, seperti biasa Pak Alex akan terus mendominasi pengadil-pengadil yang mengadili pasukan mereka. Jika pasukan si Pak Alex ni menerima kekalahan, seperti biasa beliau dengan muka merah padamnya akan terus tidak bersetuju dengan cara pengadilan yang dijalankan oleh pengadil yang gagal didominasi oleh Pak Alex.

Kite beralih arah pula dengan pasukan The Gunners. Seperti biasa, pakcik Arsene akan terus mengerah pemain-pemain muda. Kalau menang, kredit yang tinggi diberikan kepada pemain mudanya. Apabila kalah, dengan mudah sahaja tutur bicara dengan alasan pemain masih muda dan kurang pengalaman. Entah bile pamain-pemain pakcik Arsene nak banyak pengalaman.

Pasukan The Blues yang dijangka akan menjuarai liga pada tahun ini, menerusi cakap-cakap belakang telah memulakan saingan dengan langkah kanan. Tetapi setiap penghujung musim pemain-pemain pasukan ini sering kali dikaitkan dengan skandal-skandal seks dan kawan makan kawan. Sekali gus persembahan yang bermula langkah kanan akan menjadi lebih menarik pada penghujung saingan.

Aku sebagai penyokong setia Harimau Muda akan terus menyokong dengan setia dan berharap pasukan Harimau Muda tidak kena bohong dari mana-mana pihak.

P/s: Bila la Johor boleh juarai Liga Super....

Sunday, August 15, 2010

Pintu Rezeki

Bagi golongan Islam, bulan Ramadhan merupakan bulan mencari rezeki tambahan. Cara yang paling mudah untuk mencari rezeki tambahan ialah dengan berniaga. Tidak kiralah berniaga makanan, minuman, kuih raya, kelengkapan raya sehinggalah kepada menjual mercun.

K, habis part berniaga.

Bulan Ramadhan pada kali ini, satu kejadian yang jarang berlaku di masjid-masjid negara ini mahupun surau-surau. Salah satu masjid (tidak perlu didetailkan masjid mana) telah kehilangan kipas hasil dari kerja pencuri-pencuri yang kononnya menyahut slogan ' Bulan Ramadhan itu bulan rezeki '. Si pencuri-pencuri telah menyapu bersih semua kipas-kipas jenis (stand fan) di masjid tersebut.

Kesudahannya, masjid yang menjadi mangsa kekejaman ala-ala zionis itu membeli kipas baru jenis (wall fan) dan seterusnya membuat majlis sembahyang hajat memohon pertolongan dari yang Maha Esa.

P/s: Wahai Si Pencuri! Jual mercun pun bole buat duit la beb..

Thursday, August 12, 2010

Pot Pet Pot Pet


Untuk berkumpul dan berjumpa sanak saudara, bukan suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau mempunyai keluarga yang besar. Itulah yang sering aku rasakan di keluarga sebelah ibuku. Atuk aku mempunyai 10 orang anak dan mempunyai 40 lebih cucunya. Punya la riuh kalau sekali berkumpul. Selain Hari Raya, kami juga akan berkumpul ketika 1 Ramadhan setiap tahun.

Atuk aku sering berpesan pada cucu-cucunya, "Kalau bulan Ramadhan segala perbuatan kena jaga, barulah bertambah berkat puasa kite nanti...".


Waktu yang paling aku suka bila dah kumpul ramai-ramai ni bila waktu hendak berbuka. Sepupu-sepupu yang sebaya, masing-masing bising hendak memilih makanan yang mana hendak didahulukan ke dalam mulut.

Apabila azan mula berkumandang, senyap sepi sahaja. Tiada kebisingan kedengaran lagi. Satu suara mencelah, "Korang ni, macam ayam nak dapat makanan. Bila dah dapat makan, senyap semua..." terkebil-kebil cucu-cucunya yang endah tak endah akan luahan rasa atuknya itu. Masing-masing sibuk dengan makanan di tangan dan mulut.


P/s: Aku rindu suasana ini..hehe



Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Setelah dikurnia nikmat yang begitu besar iaitu masih bernafas sehingga sekarang dari Yang Maha Esa, kita ditambah pula dengan dikurniakan pula dengan bulan Ramadhan yang penuh diberkati. Di mana semua manusia yang menyedari hakikat kebesaran bulan Ramadhan berlumba-lumba melakukan amal jariah dan yang tidak menyedari pula berlumba-lumba sorok belakang kedai makan cina untuk menikmati juadah yang lazat.

Azam bulan Ramadhan pada kali ini, sentiasa cergas walaupun berpuasa dengan ucapan:-


dan jangan lupa baca ini:-




P/s: Tak sabar nak tunggu raya pulak..kakaka


Wednesday, August 4, 2010

Ternyata Aku Kalah!!

"Esok hari aku nak puasa sunat"....tiba-tiba sahaja terdetik dalam hati. Bila sudah terdetik kenalah sempurnakan. Baru hidup lebih bererti dan bermakna.


Dugaan Pertama


Sampai saja di pejabat, "Dik, jemput makan...", sapa akak senior mempelawa aku makan sambil menyuapkan nasi dagang ke dalam mulut beliau.

Dugaan Kedua

Selepas aku berjaya menepis dugaan pertama, "Zul, jom minum kat Lubok..."pelawa pulak kawan sekerja aku yang lain. Aku menjawab dengan sopan dan bersahaja, "Takpe der, g ar dulu.Nanti aku sampai..". Setelah 30 minit, aku masih tidak terpedaya dengan dugaan kedua ini. Aku masih selamat.

Dugaan Terakhir

"Dik, meh makan ngan akak. Ada kambing kuzi, ayam panggang, ngan nasi minyak ni. Ada lebih masa meeting tadi...", pelawa CC ofis aku. Tanpa berlengah aku capai pinggan dan menyiat kambing dan seterusnya memasukkan dalam mulut. Setelah 3 kali kunyah, aku sedar aku TEWAS.

P/s:Nasib baik penduga-penduga tidak tahu, aku berniat puasa sunat ketika itu.

Monday, July 26, 2010

Pagi Yang Syahdu

"Zul, ada chance kite balik 2 atau 3 pagi ni", celah pegawai aku tatkala mencelah bunyi keyboard yang ditekan jari-jemari aku. Senyum saja yang mampu aku balas dikala sibuk menyiapkan persembahan multimedia Majlis Anugerah Sukan UPM 2010.

3.30 pagi selesai semua kerja hakiki aku hasil dari perahan otak selama sebulan. Setelah kunci pintu ofis, bos aku pesan, "Bawak motor elok-elok. Dah penat ni, jangan tak masuk ofis pulak kul 7 nanti". Belum sempat aku nak balas pesanan itu, kedengaran enjin kereta bos aku tidak boleh hidup ibarat hidup segan, mati tak mahu. Setelah 10 minit mencuba, akhirnya bos aku putus asa. Terpaksa lah aku hantar bos aku ni pulang ke rumah. Namun ada satu masalah lain pula yang timbul iaitu helmet.

Cari punya cari, memang rezeki bos aku. Manusia mana yang tinggalkan helmet kat tandas. Dengan pantas dan gelojoh bos aku terus memakai helmet tersebut dan meminta aku menghantar beliau pulang.

Ketika menuju ke pintu pagar, rantai sebesar lengan telah menangkap pandangan aku yang letih ketika itu. Bukan setakat bos aku hampa dengan situasi tersebut, malah dengan aku sekali terjerat sama. Suka tak suka terpaksala aku tidur di ofis.

Dengan beralaskan lengan, aku lena dibuai mimpi. Sempat juga bos aku ucap selamat malam dan ditambah pesanan jangan mimpi basah kepada aku sebelum aku melelapkan mata.

P/s: Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku SESAMA kami semasa tidur di ofis

Saturday, July 24, 2010

Kejujuran Seorang Ibu

Setelah berada di Pahang selama seminggu, aku mengisi ruang cuti minggu ini dengan pulang ke kampung halaman. Hampir sebulan aku bergelumang dengan peluh sihat, kini aku rindukan pula kampung halaman.

Janji dengan diri sendiri hari Jumaat aku nak buat keje macam peleset, sebelum pukul 5 aku nak habiskan semua kerja-kerja. Hampir pukul 5, ternyata janji aku hanya meleset belaka. Senior aku meminta tolong menyelesaikan kerja-kerja beliau bagi persediaan untuk mengadakan bengkel esok hari. Hampir kesemua jari tangan aku dipaksa bekerja keras kerana semangat pulang ke kampung ketika itu meluap-luap bagai asap yang ingin melepaskan diri dari makanan yang hangat dimasak.

Tepat 6.30 petang selesai semua kerja-kerja aku. Beg, kunci kereta, telefon bimbit aku capai dengan segera dan seterusnya memecut terus ke kampung halaman. Setelah 1jam 10minit memandu, akhirnya sampai jua aku ke kampung halaman.

Kepulangan aku disambut baik oleh bonda kesayangan. Ucapan pertama yang keluar dari bonda tercinta, "Laa...Ingatkan Negro mana tadi. Gelap semacam je". Segar biji mata aku setelah mendengar kata-kata yang ikhlas dan jujur dari seorang ibu.

P/s: Mak aku memang TRUE!!

Monday, July 19, 2010

Main Kotor Nampak

Hampir seminggu aku berada di Kuantan bagi menyertai Sukan SUK Se-Malaysia yang bermula dari 16 sehingga 20 Julai 2010. Bermacam-macam juga perubahan pembangunan di Kuantan yang aku dapat lihat dari tahun 2005 hingga kepada tahun 2010 ini. Namun perubahan itu tidak disukai oleh beberapa penduduk Kuantan. "Kuantan ini banyak juga benda mengarut dah ada. Disko pun dah banyak", kata Adam (pakwe Nuol) kata kepada aku.
Aksi terakhir aku dalam Sukan SUK ini ialah menentang Kedah. Keputusannya Johor (2) vs Kedah (2). Keputusan itu sekaligus menempatkan pasukan Johor berada di kedudukan naib johan kumpulan. Pada perlawanan terakhir itu, satu situasi luar biasa telah berlaku kepada penjaga gol pasukan aku dimana dia melepaskan gol mudah kepada pasukan Kedah. Aksi penjaga gol itu telah memusnahkan impian pasukan aku yang ingin bergelar juara pada kejohanan kali ini.

Setelah habis perlawanan, satu post mortem telah dibuat. Rata-rata post mortem itu banyak mengatakan tentang aksi penjaga gol pasukan aku. "Sori la kawan-kawan. Last game tu, tangan aku menggigil tiba-tiba. Bukan aku takut. Lepas tu tangan aku ada lebam ni haa", kata penjaga gol aku. Masing-masing tercengang dengan kata-kata penjaga gol itu. Lantas seorang ustaz bersuara dari belakang, "Ada orang 'hantar' tu". Terus berderau dan menyirap darah aku mendengar kata-kata tersebut. Lantas aku terbayang-bayang pembangunan di Kuantan dan aku berbisik-bisik di dalam hati "Masih adakah manusia yang suka akan perbuatan syirik ini meskipun kita berada dalam dunia yang serba moden dengan dinaungi pembangunan pencakar langit.
Namun aku tetap berfikiran positif dengan menyatakan bahawa memang itu sahaja rezeki dan ketetapan Tuhan berikan kepada pasukan aku. Aku hanya mampu berdoa agar manusia yang 'menghantar' itu diberi kemaafan dan diberi Hidayah dari yang Maha Esa.
P/s: Kuantan dah ada EC Mall beb. Orang Kuantan panggil ECM.