Sunday, June 27, 2010

Ramai Orang Gila Judi


Jika lesen judi mudah diperolehi, ramai usahawan-usahawan bukan Islam mungkin akan melonjak gembira. Yang meramaikan tempat-tempat judi itu mestilah dikalangan orang Islam yang hendak cepat kaya. Walhal nak buat duit bukanlah susah, macam-macam cara ada pada zaman sekarang termasuklah cara ' On Facebook boleh dapat duit ' ( bukan berniat nak promote). Tugas aku mungkin boleh menjadi vendor bagi suasana muzik harmoni di tempat-tempat judi. Antara muzik harmoni yang bakal aku propose di tempat perjudian:-




P/s: Dari aku propose muzik harmoni baik aku bakar je tempat judi tu.


Wednesday, June 23, 2010

Nukilan Senyuman Yang Dimamah Hari

SPM 2004….

Paper add math tepat jam pukul 2. Sedang sibuk kawan-kawan mengulangkaji sebelum paper bermula, aku pulak sibuk dengan menjaga abah yang tiba-tiba pengsan. Tiada apa yang aku dapat fikirkan ketika aku sedang menjawab paper itu.
Ketika malam melabuhkan tirai, mak pesan kepada aku. “Along, lepas ini kita semua kene berjaga-jaga dan redha apa saja yang berlaku kat abah. Doktor cakap abah mengidap kanser pangkal hidung peringkat ketiga”. Terketar-ketar bibir aku sambil menahan takungan air mata yang hampir jatuh setelah mak memberitahu berita itu.


PLKN 2004…

Aku telah terpilih untuk ke kem PLKN. Hati berat untuk menyertai program PLKN, tapi apakan daya program tersebut wajib untuk remaja lepasan SPM. Sepanjang aku di kem PLKN, aku terpaksa pulang ke rumah sebanyak 2 kali bagi menjenguk abah yang tenat. Senyuman saja yang diberikan oleh abah kepada aku meskipun beliau sedang tenat. Ketika itu, hati aku terasa bagai remuk dek dicengkam perasaan yang kesian dan sedih melihat keadaan abah aku yang terlantar tenat.


April 2005…

Sepanjang aku menjaga abah, ada satu perkara pelik yang dilakukan oleh abah aku. Abah membeli tuala mandi yang banyak sedangkan tuala yang sedia ada sudah mencukupi. Ape jua permintaan abah pada ketika itu, aku cuba tunaikan meskipun tidak sempurna apa yang abah harapkan. Mak cakap kita kena sabar kalau jaga orang sakit ni, silap-silap dosa kita pula yang bertambah ketika jaga orang sakit ni.


17.5.2005

Selepas Asar, ketika waktu inilah permergian arwah abah. Hitam pandangan, remuk hati, bagaikan batu yang besar berada di atas kepala ini setelah abah menghembuskan nafas terakhir. Dari urusan mandi,kafan dan sembahyang arwah abah, aku cuba libatkan diri meskipun tidak sepandai mana. Pada saat memandikan arwah abah, hati aku begitu tersentuh apabila tuala mandi yang dibeli arwah abah adalah tuala yang digunakan semasa urusan mandi jenazah. Terkedu aku tatkala mulut aku terketar-ketar menahan takungan air mata jatuh menyembah bumi ketika saat itu berlaku. Yang paling manis, aku dapat mengimamkan sembahyang jenazah untuk arwah abah. Itulah amal yang mampu aku lakukan pada ketika itu.


20.6.2010

Mengingat kembali setiap ukiran senyuman arwah abah dan Ayat-ayat Yasin serta surah Al-Fatihah sahaja yang mulut aku mampu luahkan untuk arwah abah sempena HARI BAPA pada kali ini.

P/s: Selamat Hari Bapa !!

Saturday, June 19, 2010

Bila Tak Pandai Menari, Jangan Salahkan Lantai yang Tak Rata

Aksi-aksi pada perlawanan Piala Dunia 2010 teus hangat diperkatakan. Antara aksi yang menarik pada kejohanan ini ialah:-


dan ini...



Aksi ini telah mendapat perhatian yang serius dari orang kuat seperti di bawah:-



Mamat ini tidak memberi sebarang komen pada aksi-aksi menarik yang dipaparkan seperti di atas. Beliau lebih banyak memberi komen kepada barang baik seperti ini:-


P/s: Dapatkah kita menyaksikan aksi-aksi sebegini rupa pada perlawanan sebentar lagi.

Sunday, June 13, 2010

Soalan Untuk Pekerja Baru

Di saat pekerja baru untuk membiasakan diri di tempat dan suasana yang baru, pasti rakan-rakan sekerja akan menegur anda dan disertai dengan persoalan-persoalan lazim. Soalan-soalan lazim yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga pekerja baru di satu organisasi adalah seperti berikut:-

Soalan 1: Sebelum ini kerja mana?
Soalan 2: Dulu belajar mana?Ambik coz ape?
Soalan 3: Nak panggil ape kamu ni?
Soalan 4: Datang ofis naik ape?
Soalan 5: Ko dah ada awek belum?

Untuk soalan nombor 5, ada cadangan untuk jawapan bagi soalan tersebut. Bagi yang dah ada awek dan untuk menampakkan kejujuran, balas saja dengan senyuman tanpa kata-kata atau bilang saja sudah ada.

Bagi yang nak tambah-tambah awek atau memang tak ada, bilang saja si penanya dengan berkata saya tak ada lagi awek. Itu gaya yang sopan dan menunjukkan kejujuran. Mungkin jawapan itu kita boleh tokok tambah dengan berkata, "Saya tak ada awek lagi, duit pun tak banyak mana nak berawek ni".

Tapi untuk jawapan yang poyo lagi macho untuk soalan nombor 5 ni, bilang saja 'YSL'. Kalu si penanya tergaru-garu kepala dan buat muka pelik macam kene cuka, kamu sambung lagi, "Young.Single.Lonely".

P/s: Belum tentu buaya tu sudah puas dengan bilangan anak-anaknya.Kakaka

Saturday, June 12, 2010

Tekan 3, dan 3, dan 3 lagi

Jam di tangan menunjukkan tepak pukul 7 petang. Aku yang baru bekerja terpaksa la menunjukkan kesungguhan yang berlebihan. Walaupun kesungguhan aku tidak seperti kesungguhan pemain Mexico yang terpaksa mengikat Afrika Selatan dalam perlawanan Piala Dunia, namun aku terpaksa menyiapkan kerja hakiki ini.

Setelah masuk ke lif, aku dengan pantas terus menekan nombor 3. Namun perkara pelik berlaku. Pintu lif tidak mahu tutup sepertimana keadaan lif yang sihat walafiat. Aku meneruskan lagi usaha dengan menekan nombor 3, sekali lagi usaha aku gagal. Pintu lif hanya menutup separuh sahaja. Terdetik dalam sanubari ini, "Ya Allah, janganlah ko nk try aku pada waktu-waktu begini". Dan sekali lagi aku menekan nombor 3. Namun gagal.

Aku menenangkan diri aku sejenak. Dengan perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menepuk dahi aku. Memanglah pintu lif tak nak tutup, baru aku sedar sekarang aku berada di aras 3. Aku memandang-mandang ke atas lif takut-takut ada CCTV. Selamat! Kalu ada CCTV mesti Pak Guard dah gelakkan aku sampai tercirit.

P/s: Kalu dah habis waktu kerja, balik je....

Saturday, June 5, 2010

Berita Hairan (Edisi Selatan)




NUSAJAYA 1 Jun - Seorang budak yang berasal dari Kluang telah memulakan pekerjaan yang baru di Nusajaya dan dilaporkan telah sesat dalam perjuangannya pada hari pertama. Walaupun perjuangan beliau tidak setanding dengan perjuangan sukarelawan-sukarelawan misi Gaza, beliau telah mencuba melaporkan diri di tempat kerja yang baru iaitu di Nusajaya. Dengan berbekalkan sebantal roti Gardenia dan harapan dari kawan-kawan lamanya di Serdang, beliau selamat sampai di pejabat beliau mengikut waktu kerja kerajaan.
"Walaupun saya tak handal dalam jalan-jalan di Johor Bahru, tetapi saya mencuba sebaik mungkin untuk sampai ke tempat kerja baru. Walaupun setelah diberitahu oleh rakan sekerja bahawa jalan yang saya lalui adalah jalan yang jauh (seperti gambar di atas)", kata beliau.
Kegigihan beliau ini mungkin menjadi iktibar kepada anak-anak jati Johor yang berada di Kuala Lumpur untuk pulang ke Johor bagi menakbur bakti di tanah air tercinta.















Beliau juga sempat mengirimkan sebuah gambar yang menarik untuk tatapan para pembaca (seperti di atas) sebagai tanda terima kasih beliau kepada pemberita yang menghargai seloka hidupnya pada hari tersebut. Gambar ini ditangkap sewaktu beliau menghabiskan waktu petang setelah penat seharian bekerja. Pemandangan yang hanya terdapat di Nusajaya ini telah menarik minat pemberita untuk pergi ke tempat tersebut bagi mengamati keindahan seperti yang terterap pada gambar di sebelah.



cc: Caki dan Ijai(boleh dipertimbangkan)