Monday, July 26, 2010

Pagi Yang Syahdu

"Zul, ada chance kite balik 2 atau 3 pagi ni", celah pegawai aku tatkala mencelah bunyi keyboard yang ditekan jari-jemari aku. Senyum saja yang mampu aku balas dikala sibuk menyiapkan persembahan multimedia Majlis Anugerah Sukan UPM 2010.

3.30 pagi selesai semua kerja hakiki aku hasil dari perahan otak selama sebulan. Setelah kunci pintu ofis, bos aku pesan, "Bawak motor elok-elok. Dah penat ni, jangan tak masuk ofis pulak kul 7 nanti". Belum sempat aku nak balas pesanan itu, kedengaran enjin kereta bos aku tidak boleh hidup ibarat hidup segan, mati tak mahu. Setelah 10 minit mencuba, akhirnya bos aku putus asa. Terpaksa lah aku hantar bos aku ni pulang ke rumah. Namun ada satu masalah lain pula yang timbul iaitu helmet.

Cari punya cari, memang rezeki bos aku. Manusia mana yang tinggalkan helmet kat tandas. Dengan pantas dan gelojoh bos aku terus memakai helmet tersebut dan meminta aku menghantar beliau pulang.

Ketika menuju ke pintu pagar, rantai sebesar lengan telah menangkap pandangan aku yang letih ketika itu. Bukan setakat bos aku hampa dengan situasi tersebut, malah dengan aku sekali terjerat sama. Suka tak suka terpaksala aku tidur di ofis.

Dengan beralaskan lengan, aku lena dibuai mimpi. Sempat juga bos aku ucap selamat malam dan ditambah pesanan jangan mimpi basah kepada aku sebelum aku melelapkan mata.

P/s: Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku SESAMA kami semasa tidur di ofis

Saturday, July 24, 2010

Kejujuran Seorang Ibu

Setelah berada di Pahang selama seminggu, aku mengisi ruang cuti minggu ini dengan pulang ke kampung halaman. Hampir sebulan aku bergelumang dengan peluh sihat, kini aku rindukan pula kampung halaman.

Janji dengan diri sendiri hari Jumaat aku nak buat keje macam peleset, sebelum pukul 5 aku nak habiskan semua kerja-kerja. Hampir pukul 5, ternyata janji aku hanya meleset belaka. Senior aku meminta tolong menyelesaikan kerja-kerja beliau bagi persediaan untuk mengadakan bengkel esok hari. Hampir kesemua jari tangan aku dipaksa bekerja keras kerana semangat pulang ke kampung ketika itu meluap-luap bagai asap yang ingin melepaskan diri dari makanan yang hangat dimasak.

Tepat 6.30 petang selesai semua kerja-kerja aku. Beg, kunci kereta, telefon bimbit aku capai dengan segera dan seterusnya memecut terus ke kampung halaman. Setelah 1jam 10minit memandu, akhirnya sampai jua aku ke kampung halaman.

Kepulangan aku disambut baik oleh bonda kesayangan. Ucapan pertama yang keluar dari bonda tercinta, "Laa...Ingatkan Negro mana tadi. Gelap semacam je". Segar biji mata aku setelah mendengar kata-kata yang ikhlas dan jujur dari seorang ibu.

P/s: Mak aku memang TRUE!!

Monday, July 19, 2010

Main Kotor Nampak

Hampir seminggu aku berada di Kuantan bagi menyertai Sukan SUK Se-Malaysia yang bermula dari 16 sehingga 20 Julai 2010. Bermacam-macam juga perubahan pembangunan di Kuantan yang aku dapat lihat dari tahun 2005 hingga kepada tahun 2010 ini. Namun perubahan itu tidak disukai oleh beberapa penduduk Kuantan. "Kuantan ini banyak juga benda mengarut dah ada. Disko pun dah banyak", kata Adam (pakwe Nuol) kata kepada aku.
Aksi terakhir aku dalam Sukan SUK ini ialah menentang Kedah. Keputusannya Johor (2) vs Kedah (2). Keputusan itu sekaligus menempatkan pasukan Johor berada di kedudukan naib johan kumpulan. Pada perlawanan terakhir itu, satu situasi luar biasa telah berlaku kepada penjaga gol pasukan aku dimana dia melepaskan gol mudah kepada pasukan Kedah. Aksi penjaga gol itu telah memusnahkan impian pasukan aku yang ingin bergelar juara pada kejohanan kali ini.

Setelah habis perlawanan, satu post mortem telah dibuat. Rata-rata post mortem itu banyak mengatakan tentang aksi penjaga gol pasukan aku. "Sori la kawan-kawan. Last game tu, tangan aku menggigil tiba-tiba. Bukan aku takut. Lepas tu tangan aku ada lebam ni haa", kata penjaga gol aku. Masing-masing tercengang dengan kata-kata penjaga gol itu. Lantas seorang ustaz bersuara dari belakang, "Ada orang 'hantar' tu". Terus berderau dan menyirap darah aku mendengar kata-kata tersebut. Lantas aku terbayang-bayang pembangunan di Kuantan dan aku berbisik-bisik di dalam hati "Masih adakah manusia yang suka akan perbuatan syirik ini meskipun kita berada dalam dunia yang serba moden dengan dinaungi pembangunan pencakar langit.
Namun aku tetap berfikiran positif dengan menyatakan bahawa memang itu sahaja rezeki dan ketetapan Tuhan berikan kepada pasukan aku. Aku hanya mampu berdoa agar manusia yang 'menghantar' itu diberi kemaafan dan diberi Hidayah dari yang Maha Esa.
P/s: Kuantan dah ada EC Mall beb. Orang Kuantan panggil ECM.